Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2009

Back to Work After Raya Holiday

Hari ni ibu dh start keje blk setelah bercuti panjang menyambut raya bersama family di kampung..bestnyerr raya tahun ni apatah lagi dpt beraya bersama anak ibu dlm perut nie..insyaAllah raya tahun depan lg best sbb anak ibu dh lahir ke dunia..dpt ibu gayakan dgn baju raya yg comel2..emm tak sabar rasenye... Tahun ni beraya di Terengganu dulu..blk 2 hr sblm raya..menu di hari raya pertama ialah lontong dan sate..emm bestnye lontong yg mok buat...marvellousss..tak puas mkn sbb petang tu dh habis..nsb baik sempat mkn 2 kali..hehe...slps smyg raya posing2 amik gamba ngan family..sedara mara dtg umah..layan diorng..bila diorng beredar giliran kami pulak pegi beraya umah sedara mara.. Malam raya kedua bertolak balik Kelantan..sbb hr raya ke 5 nk blk Ganu blk sbb ade kenduri umah mak long..so beraya kt kelantan 3 hari..pegi umah sdr mara..semua org dh perasan ngan perut ibu yg semakin memboyot.."dh berapa bulan?".."bila due"..itulah antara soalan yg ditanya kemana saje ibu

Monthly Check-Up ~ 23th Week 6 Days

Pejam celik pejam celik dah nk masuk 24th week dah usia kandungan ibu nie..semalam ibu pegi check up ngan Dr. Adilah..dpt tgk anak ibu tgh aktif kt dlm perut ibu nie..kali ni kedudukan anak ibu songsang..biasa la tgh aktif sntiasa pusing2..alhamdulillah kedudukan uri kt atas...emm yg bestnye dpt tgk mata, hidung dan bibir anak ibu...kata doctor anak ibu ni hidung mancung nie..mancung mcm hidung abah ye..hehe..alhamdulillah..x kisah la..yg penting anak ibu sihat dan sempurna..x sabar ibu nk tgk rupa anak ibu ni..ikut muka sape la agaknye.. Tapi berat ibu naik sekilo je..47.25 kg..apsal susah sgt nk naik berat bdn nie..may be sbb puasa kot..doc suggest suh minum milo sbg minuman tambahan selain dr susu untuk menambah kalori..tp bila scan berat anak ibu dh 600g..sesuai la ngan umur anak ibu..yg pnting berat anak ibu normal..ibu akan berusaha utk naikkan berat bdn ibu..hehe..antara makanan/ minuman yg berkalori tinggi yg baik utk menaikkan berat bdn ialah:- 1) produk telur & susu spt k

Omega 3 Rangsang Perkembangan Minda Bayi

Kasih sayang, pemakanan berkhasiat dan genetik juga faktor penting melahirkan anak pintar KEPINTARAN dan perkembangan minda bayi boleh dirangsang sejak dalam kandungan. Stimulasi terhadap bayi termasuk membacakannya buku boleh dilakukan apabila kandungan memasuki usia empat bulan. Rangsangan berterusan, kasih sayang, pemakanan berkhasiat dan genetik adakan faktor gabungan bagi melahirkan anak pintar. Perunding Pediatrik, Pusat Perubatan Kampung Baru, Dr Khairul Azman Mohd Khalid, berkata menerusi teknik imbasan otak terkini, dakwaan penyelidik sejak 20 tahun lalu iaitu persekitaran bayi memberi kesan dramatik kepada perkembangan otaknya sudah terbukti. Selama berdekad-dekad saintis dan penyelidik seluruh dunia cuba memahami perkembangan janin dalam rahim. Sekitar 1970an, saintis begitu teruja apabila mendapati janin di dalam rahim peka terhadap persekitarannya. Sekitar 1980 pula, saintis mula menemui bukti janin boleh mendengar, merasa, melihat dan menikmati pengalaman baru pada penghu

Badam Bagus Untuk Ibu Mengandung!!

Petikan artikel dr http://coklathalal.blogspot.com Di sini saya masukkan artikel "Mengapa Yahudi Bijak" Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi,