Makanan Untuk Berpantang Ketika berpantang anda ditegah daripada makan sembarangan mengikut kehendak selera. Informasi ringkas tentang pemakanan yang perlu diamalkan sepanjang tempoh berpantang dan perkara yang harus dielakkan dapat membantu. Berpantang bukan sahaja melibatkan kesihatan, bahkan ia saling berkait dengan amalan pemakanan. Ini kerana dalam tempoh berpantang, badan anda masih lagi lemah malah sakit ketika bersalin masih belum lagi reda sepenuhnya. Mengikut amalan tradisional masyarakat Melayu, ibu-ibu lazimnya diberikan makanan yang mampu mendatangkan sumber darah di dalam badan, misalnya limpa dan hati. Ia bagi menggantikan darah yang banyak hilang semasa proses kelahiran berlangsung. Kaedah memasak bagi ibu dalam pantang juga agak berbeza. Masakan lazimnya dimasak dengan cara tertentu yang dipercayai boleh membantu menghilangkan angin dan kurang lemak selain mengecutkan urat saraf yang mengembang. Jamu Kebanyakan ibu-ibu lepas bersalin mengamalkan pemakanan jamu bagi mem...