Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

Perkembangan Anak 2-3 Tahun

Mengenali Anak Anda (Umur 2-3 Tahun) A. PERKEMBANGAN FIZIKAL 1. Sangat aktif, suka berlari dan melompat. Sekiranya berkemungkinan, ibubapa perlu menyusun atur rumah agar ada ruang yang membolehkan anak- anak bergerak tanpa rasa bimbang berlaku kemalangan dan kecederaan. Membawa anak ke taman permainan adalah satu langkah yang bijak. Di situ anak-anak dapat melakukan berbagai-bagai aktiviti fisikal di bawah pengawasan ibubapa. 2. Anak-anak di tahap ini belum dapat mengawal pergerakan otot-otot, sehingga mereka tidak dapat duduk diam dalam jangkamasa yang terlalu lama. Jadi, sia-sia saja kita meminta mereka duduk diam. Yang lebih baik ialah membiarkan mereka meneroka persekitaran sambil kita mengawasi mereka. B. PERKEMBANGAN MENTAL 1. Daya konsentrasi sangat pendek dan mudah merasa jemu.. 2. Rasa ingin tahu anak-anak di tahap ini sangat tinggi. Ibubapa perlu mengambil kira jenis alat permainan yang hendak dibeli. Permainan yang sesuai ialah permainan yang merangsang kreativiti anak-anak

Lelaki Atau Perempuan? Jom Kita Teka

Di copy dr blok Kak Engku Bidan Bersalin... Sambil mengusap-ngusap perut anda, mungkin anda tertanya-tanya apakah jantina bayi di dalam perut anda, lelaki ataupun perempuan? Walaupun jantina bayi sudah boleh diketahui melalui ujian ultrasound, namum bukan semua berjaya dilihat. Lagipun lebih seronok jika main teka-teka bukan? Apa salahnya, boleh menghiburkan hati anda juga. Jika anda ingin main teka-teka jantina bayi anda, anda boleh cuba perhatikan tip di bawah ini. Lihat tanda-tanda berikut dan cuba anda teka tanda yang anda alami lebih banyak berada pada bayi lelaki ataupun perempuan. Tafsiran ini bukan untuk anda percayai sepenuhnya, tapi tidak salah untuk dijadikan hiburan dan kebetulan mungkin juga betul. Jadi, nak tahu lelaki atau perempuan, jom kita lihat. TANDA BAYI LELAKI 1. Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung - ade skit2 je tu pon rase mual2 je 2. Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali dalam satu minit - x sure

Anak Terunaku...

Amboiii bergaya sungguh anak terunaku sorang nih...pandai plak pakai spek sendiri & tiru gaya cam org besar...ish ish sebijik macam abah dia..suka bergaya...bapak borek anak rintik betul lah..hehe Tapi manjanya bukan main lagi...pantang sakit sikit nangisnye lebih2..kadang2 ibu tak tahan ngan kerenah si Faris ni smpai Faris kena marah...cian Faris...kadang2 ibu tak sengaja..hmmm hormon org mengandung kot...sorry cyg..kdg2 tak terkawal..huhu Walau apa pon ibu syg sgt2 kat Faris ni..sape tak syg anak kan! semoga Faris jadi anak yg soleh dan berjaya bila besar nanti...kalo boleh ibu dan abah nak Faris jadi seorang 'Hafiz' dan dalam masa yang sama menjadi seorang yang professional dalam bidang yang diminati..

Mrangsang Bayi Ketika Dalam Kandungan

Merangsang anak di dalam kandungan adalah amat digalakkan kerana ia dipercayai dapat mengeratkan ikatan antara ibu bapa dan anak. Ia juga mampu mencerdaskan otak anak-anak anda. Mungkin ada yang menyangka ia adalah perkara yang sia-sia kerana menyangka anak yang di dalam kandungan tidak mengerti apa-apa. Anggapan itu adalah salah. Jadilah teman yang paling rapat dengan bayi anda. Berbuallah dengannya, bacakan buku cerita, perdengarkan muzik, perdengarkan bacaan al-Quran dan usaplah dia dengan kasih sayang. Percayalah, hubungan anda dengan bayi anda pasti akan jadi lebih erat apabila ia telah dilahirkan nanti. Ia pasti mengenalpasti suara anda dan anda pasti terpegun dengan hasilnya. Di bawah ini disenaraikan tujuh cara untuk meransang anak di dalam kandungan. 1. Ibu hamil hendaklah menjaga emosinya agar sentiasa tenang, ceria dan gembira agar anak yang akan dilahirkan nanti akan memiliki sifat-sifat tersebut dan tidak mudah meragam. 2. Lahirkanlah perasaan rindu menanti kelahiran b

My 2nd Little Baby ~ First Scan

Can't wait to scan my 2nd little one...last Friday hari tu ajak abah jumpa doc kat An-Nisa'untuk bukak buku pregnancy check up..biasa la mula2 kena timbang dulu..berat ibu 45kg..hehe dh naik dh..ape taknye asyik nk makan je sbb food craving kerap sgt..ye la kan nk supply untuk diri sendiri lagi, untuk baby kat dlm perut lagi untuk Faris lagi..tu yg lapor memanjang.. First time doc scan..around 10 weeks dan ukurannya 3 cm..kecik lagi tapi yg terujanya bila nampak baby dh gerak2 wlaupon sekecik itu..melonjak2 dia kt dalam..dah nmpak bentuk kepala dan tangan sume...subhanallah..Maha kaya Allah dengan ciptaanNya..syukur padaMu ya Allah atas kurniaan ini...tapi abah tak dpt tgk sbb Faris menangis2 kt dalam bilik doc takut doc nk check dia..so tunjuk scan yg doc print kt abah..Alhamdulillah baby btul2 berada dlm rahim dan pertumbuhannya normal..kalo ikutkan tarikh last period my due is 4/5/2012..tapi kalo ikut tarikh scan my due is 1/5/2012..tak de la lari byk sgt.. Semalam check up

Sayonara Langkawi...

Cepat sungguh masa berlalu..hari ni dah last day kami kat Langkawi..dh nak balik dh..huhu...pagi tu sebelum ke airport sempat lagi kami me'nyoping'..hehe...carik baju t-shirt abah yang tak jumpa2 dr semalam..last2 dapat jgk beli baju t-shirt berkolar yg ade trade mark LANGKAWI..ibu plak nk cari something jgk..mula2 masuk kedai jual sutera China..tgk harga mak aiihhh..RM200 sepasang..tak jd la beli..pusing2 cari baju lain..last2 masuk balik kedai tadi beli jgk sepasang Chinese Silk tu sbb takut nnti balik teringat-teringat...mintong tong ngan abah..hehe..emm rasenye murah la compared to KL sbb tax free kan..sebelum balik sempat lagi posing depan hotel buat kenang-kenangan.. Ni plak gambo yg sempat amik kat swimming pool & bilik 803 @ Bayview Hotel..kalo lah ditakdirkan datang lagi kat sini rasenye mmg nk stay kat hotel ni lagi..very recommended lah! Sayonara Langkawi..miss Langkawi so much!!!

Langkawi~Part 5~Crocodile Farm & Black Sand Beach

Destinasi kami seterunya ialah ke Crocodile Farm..mula2 kami tgk buaya2 kt dlm sangkar...masa kami smpai tu dlm kul 1..sepatutnya dlm kul 1.15 time pekerja2 bagi buaya makan dan kami pon amik kesempatan la nk tgk mcm mana buay2 tu makan tapi may disebabkan hujan yg turun dgn lebat sesi beri makan buaya ditangguhkan ke pkul 2...so tak dapek la nk nengoknya..tapi kami terkejut jgk bila tenogk banyak buaya2 besar tgh parking...adussss besor giler..gerun tgk! BLACK SAND BEACH On the way balik dari Crocodile Farm kami singgah di Pantai Pasir Hitam..mmg boleh nampak permukaan pasirnya berwarna hitam...angin bertiup kuat masa tu sbb baru lepas hujan...selepas menikmati keindahan laut kami bergambar buat kenang-kenangan di Black Sand Beach ni..

Langkawi~Part 4~Cable Car

Dah masuk part 4 dah...tak sabar nk habiskan entry untuk Langkawi ni sbb selagi tak habis selagi tu rase terhutang pd diri sendiri..heheh...so hari ketiga kami ke destinasi yg seterusnya iaitu Cable Car...unfortunately hari tu cuaca tak berapa elok skit..hujan renyai2 since pg td...kaunter Cable Car pon close sbb cuaca tak elok..kami tunggu jgk kot2 cuaca kembali tapi tak de harapan nampaknya...save la RM60..hehe...tak pe la lgpon dh pernah naik cable car kt Genting dulu..tp org kate cable car kt Langkawi ni lagi mencabar sbb curam dan naik makin tinggi makin tinggi...nak buat cemane dh tak de rezki.. So ape lagi aktiviti kami bergambar je lah sane sini...pemandangan kt situ pon menarik jgk..kami yg mmg suka bergambar ni posing lah sane sini..hehe...kebetulan kat situ jgk ada animal farm..tp yg ade cuma rusa je pon...visitor dibenarkan utk bagi makan rusa tp kena beli makanan rusa seringgit satu pek..alang2 Faris excited nk tgk rusa abah masuk dlm kandang dan bagi rusa makan...actually

Langkawi~Part 3~Kota Mahsuri

Still on second day..sebelah petang pulak kami ke Kota Mahsuri..hujan still renyai2 tapi kami redah jugak..smpai sana dlm kul 3 lebih..beli tiket RM5 seorang...hmmm tapi berbaloi sbb dapat rasai kesan peninggalan Mahsuri...rasa macam berada pada zaman dahulu kala plak..dgn background muziknya dan baunya terasa kita berada di zaman silam...Mahsuri lambang kesucian seorang wanita...rumah2 peninggalan dan makamnya masih terjaga... Kat situ jugak ada Muzium Mahsuri..so kita dpt baca susur galur lagenda Mahsuri..menurut sejarah Mahsuri seorang wanita jelita telah di fitnah dan dibunuh oleh Sri Pertama Jaya (abang kpd suami Mahsuri) kerana irihati kakak iparnya (isteri Pertama Jaya)..ketika dibunuh memancut darah putih dari badannya dan ianya hilang di langit...lagi sedih ketika hukuman dijalankan suaminya tiada disisinya..sungguh tragiskan! Dalam banyak2 tempat di Langkawi ni rasenya inilah tempat yg paling meninggalkan kesan di hati ibu...

Langkawi~Part 2~Underwater World

Today was our second day at Langkawi...Perancangan asal hari ni nak naik Cable Car tp last minute tukar plan pegi Underwater World dulu hari ni..best gak Underwater World Langkawi ni..daat tengok macam2 hidupan laut yg pelik2..Faris mmg teruja lah tgk ikan2 yg banyak dan besar2 tu..tp tak tahannya dia nk dokonh..adoiiii la..Faris oh Faris...dh besar nk dokong lagi..huhu...nothing much to story mori..layan gambo aje lah..heheh Keluar aje dr Underwater World tu hujan lebat sgt so kami jln2 pulak dalam pasaraya Coco Valley & Duty Free Shop bersebelahan dengan Underwater World tu..