Skip to main content

Mrangsang Bayi Ketika Dalam Kandungan

Merangsang anak di dalam kandungan adalah amat digalakkan kerana ia dipercayai dapat mengeratkan ikatan antara ibu bapa dan anak. Ia juga mampu mencerdaskan otak anak-anak anda. Mungkin ada yang menyangka ia adalah perkara yang sia-sia kerana menyangka anak yang di dalam kandungan tidak mengerti apa-apa. Anggapan itu adalah salah. Jadilah teman yang paling rapat dengan bayi anda.

Berbuallah dengannya, bacakan buku cerita, perdengarkan muzik, perdengarkan bacaan al-Quran dan usaplah dia dengan kasih sayang. Percayalah, hubungan anda dengan bayi anda pasti akan jadi lebih erat apabila ia telah dilahirkan nanti. Ia pasti mengenalpasti suara anda dan anda pasti terpegun dengan hasilnya.

Di bawah ini disenaraikan tujuh cara untuk meransang anak di dalam kandungan.

1. Ibu hamil hendaklah menjaga emosinya agar sentiasa tenang, ceria dan gembira agar anak yang akan dilahirkan nanti akan memiliki sifat-sifat tersebut dan tidak mudah meragam.

2. Lahirkanlah perasaan rindu menanti kelahiran bayi anda dengan penuh ikhlas dan penuh kasih sayang melalui usapan dan sentuhan lembut.

3. Perdengarkan beberapa jenis muik seperti Mozard dan gemelan. Selalulah berzikir dan membaca ayat-ayat al-Quran seperti surah Yusuf, surah Maryam dan surah Luqman.

4. Selalulah berbual-bual dengan bayi anda dengan suara yang lembut. Apabila berbual dengan bayi anda, kenalkan diri anda. Ini adalah penting kerana dia hanya mampu mendengar dan merasa, tetapi masih tidak boleh melihat dunia luar.

5. Lakukanlah isyarat-isyarat mudah seperti menepuk perut dengan lembut, menggosok persekitaran perut, menggoncang perut perlahan-lahan dan kemudian usap dengan lembut untuk menenangkannya.

6. Perkenalkan perbezaan suasana terang dan gelap dengan menggunakan lampu picit yang disuluhkan ke perut. lakukan ransangan ini 5 hingga 10 minit.

7. Jika bayi anda mempunyai abang atau kakak, perkenalkan mereka kepada bayi anda. Ajaklah anak-anda berinteraksi dengan adik mereka. Ajaklah mereka berbual serta menciumnya. Cara ini akan dapat menyemai perasaan kasih sayang di antara mereka adik beradik sejak awal lagi. Sekali gus akan dapat mengelakkan perasaan cemburu si abang atau si kakak terhadap adik mereka bila adik mereka telah dilahirkan nanti.

Lakukanlah rangsangan-ransanan seperti yang dinyatakan tersebut. Anda pasti terpegun dan terujadengan tindakbalas dari bayi anda nanti. Dipercayai juga, ransangan bayi di dalam perut akan menjadikan bayi anda lebih bijak dan pintar.

Comments

Popular posts from this blog

5th Pregnancy ~ Baby 2017

As salam...pejam celik pejam celik dh nk habis 1st quarter 2017...cepat sngguh masa berlalu..bz mom macam ni lah...selalu rase x cukup masa..by the way antara whishlist 2017 yg ibu berazam utk buat ialah: 1. Saving in Tabung Haji (no more withdrawal) - simpanan terkumpul 10k sehingga 31 Dec 2017 2. Minimize shopping baju/ tudung (tahan nafsu ke tak ni??? huhuhu) 3. No more CC for shopping - clear all hutang CC 4. Baca Al-Quran at least 1 page 1 hari (biar sikit asalkan istiqamah ye dok??) 5. Al-Ma'thurat pagi & petang Mudah-mudahan semua whishlist ni terlaksana hendaknya... Ok kite tutup dulu cite pasal azam berazam ni ye...x sangka plak ibu pregnant 5th baby tahun 2017 ni..Alhamdulillah  rezki Allah...ibu dan abah terima seadanya...jangkaan bersalin dalm awal October tapi biasanya ibu bersalin 2 atau 3 minggu awal dari due sebenar..setakat ni gender baby x tahu boy ke girl...mana2 pon xpe asalkan baby sihat dan sempurna.. Pregnancy kali ini amat mencabar sebab ...

Jalan2 Cuti Sekolah - Cyberview Resort & Spa

Cuti sekolah December 2016 ni bawak bdk2 bercuti di Cyberview Resort & Spa..jauhnyeee bercuti...padahal 15 minit je pon dari rumah..hehe..xpe yg penting bdk2 enjoy main air...memang seronok la diorg..siap taknak balik lg..lain kali kite g hotel lg ye anak2 ibu syg... Memang cantik sgt view Cyberview hotel ni...5 star hotel la katakana..bilik air cantik cam nk tdo je dlm tu...kalo nk celebrate anniversary ke mmg sesuai sgt la hotel ni...bilik luas dan cantik..breakfast mmg awesome la...byk sgt choice makanan sedap2..    

It's A Boy!!

Gambar baby mat salleh yg menjadi sumber inspirasi ibu..mudah-mudahan anak ibu hensem macam nie.. Huhhh...lame btul x update blog ni..dh bersarang dn berhabuk dh..cian anak ibu..btw ibu tetap sygkan buah hati pengarang jantung ibu nie.. Pejam celik pejam celik dh 5 bulan anak ibu dalam kandungan ni...around 20 weeks dh..cepat btul masa berlalu..Sabtu lepas ibu jumpe gynae utk follow up check up..bila doc scan nmpk anak ibu tunjuk tanda "best"..smpai abah tergelak tgk..hehe nakal btul anak ibu dlm perut nie..makin hari makin aktif melompat-lompat dlm perut ibu..tak sabar nk keluar ye..! Seawal 4 bln lebih ibu dh nmpk gender anak ibu ni..it's a boy!!suka sangat la abah...ibu tak kisah..asalkan permata hati ibu ni sihat dan sempurna..alhamdulillah...tak sabar nk tgk anak ibu ni ada iras abah ke iras ibu yee.. Tapi ibu selalu demam..almost every month ibu mesti kena demam, batuk dan selsema..DUGAAN!!..dh la sekarang H1N1 semakin menular..ibu mengandung antara high risk untuk...