penjagaan & penggunaan lampin kain moden [cloth diaper ~ CD] 1. basuh dahulu cloth diaper dan 'insert' sekurang-kurangnya 3 kali prewash sebelum pertama kali hendak digunakan. gunakan sedikit saja sabun. kira-kira 1/4 sukatan. lebih elok guna sabun kain jenis kurang buih, tidak mengandungi enzyme (contoh enzyme pewangi atau enzyme pemutih) kerana sesetengah bayi mempunyai kulit yang sangat sensitif. 2. masukkan 'insert' ke dalam poket cloth diaper. ('insert' dibuat dari microfiber tidak boleh diletakkan secara terus menyentuh kulit bayi kerana kuasa serapannya yang kuat akan menyerap lembapan semulajadi kulit bayi). pastikan ianya ditolak kemas sampai ke bahagian depan. boleh digunakan sehingga 4 jam atau 4 kali basahan (sama seperti disposal diaper). bagi bayi yang 'heavy wetter', boleh dimasukkan dua 'inserts' ke dalam poket cloth diaper. apabila hendak menukar 'insert' harus tukar CD sekali walau pun 'microfleece' (bahagian