Skip to main content

Panduan Penyusuan Susu Ibu

"Salah satu perkara besar yang menghantui ibu-ibu baru, adakah mereka mempunyai susu yang cukup untuk bayi mereka. Ini adalah alasan yang biasa digunakan untuk mula mengambil susu tambahan dan juga menceraikan susu badan. Kita hidup dalam masyarakat yang menyukat segala-galanya dan kebanyakkan kita (terutama ibu kita) adalah menyusu dari botol (susu formula), jadi kita akan tahu berapa banyak susu yang diambil oleh bayi setiap penyusuan.

Sebenarnya hampir kesemua ibu dapat mengeluarkan susu yang mencukupi untuk bayi mereka. Manusia tidak akan berkembang jika ini tidak berlaku. Terdapat sebilangan kecil wanita yang tidak mempunyai susu yang cukup, tetapi ini jarang berlaku. Biasanya ini ada kaitan dengan masalah kesihatan (seperti pembedahan buah dada, pil perancang). Kebanyakkan masalah ini dapat diperbetulkan.

Wanita mempunyai 2 buah payudara, bermakna mereka juga dapat menyusukan kembar. Jadi ini adalah alasan menunjukkan ibu yang mempunyai 2 payudara dapat mengeluarkan susu yang cukup untuk 1 bayi.

Susu badan tidak dapat diukur menggunakan alat-alat yang saintifik, jadi adalah penting untuk anda
mengetahui samada bayi anda mendapat susu yang cukup atau tidak.

Di bawah disertakan panduan-panduan yang dapat membantu :

Susu akan 'ada' selepas 2-5 hari bayi dilahirkan. Bayi dilahirkan dengan lebihan cecair di dalam tisu-tisunya dan akan dibuang dalam masa 48 jam selepas lahir. Berat akan berkurang 7 - 8 auns. Buah pinggang bayi yang belum matang tidak akan mampu mengawal sejumlah besar cecair ketika ini. Amaun kolostrum yang kecil (cecair kuning pekat yang keluar dari payudara sebelum susu 'keluar') adalah sesuai untuk sistem penghadaman bayi baru lahir dan menyediakan antibodi yang penting. Dalam masa 24 jam pertama, anda akan mengeluarkan 37 ml kolostrum. Bayi akan mendapat 7 - 14 ml setiap penyusuan.
Biasanya pada hari kedua atau ketiga, payudara anda akan mula berasa 'lain', lebih panas, penuh dan berat. anda akan mula mengeluarkan susu transitional (gabungan kolostrum dan susu matang, berwarna kekuningan). Jika tiada berlaku perubahan pada payudara anda dan bayi anda kelihatan lapar selepas setiap penyusuan, hubungi doktor anda dan timbang bayi.

Bayi anda sepatutnya melekat dan menghisap (secara berganti-ganti laju dan perlahan) selama 10-15 minit pada setaip payudara. Selepas menyusu dia akan kelihatan puas dan tertidur ketika di payudara kedua. Jika dia tertidur dan tidak mengambil susu di payudara kedua, cuba bagi dua masa menyusu di antara kedua-dua payudara. Jika dia tertidur, dia akan mendapat susu selama 5 minit bagi kedua payudara dari 10 minit untuk sebelah sahaja. Anda patut mendengar bayi anda sentiasa menelan ketika menyusu
Bayi yan baru lahir perlu menyusu 8 kali dalam masa 24 jam. kebanyakan bayi baru lahir akan menyusu 10-12 kali atau lebih. Ini termasuk penyusuan yang panjang dan penyusuan yang pendek. Menyusu setiap 1 1/2 - 3 jam sepanjang siang dan setiap 4 jam pada waktu malam. Tetapi jangan sangka bayi anda akan menyusu mengikut jadual 4 jam - bayi anda tidak akan bertambah berat badan. Anda mungkin perlu mengejutkan bayi anda untuk menyusu.
Apabila susu anda telah ada. payudara akan terasa penuh sebelum penyusuan dan lembut selepas penyusuan. Anda mungkin melihat susu menitis daripada payudara sebelah ketika bayi menyusu di payudara lain. Ini adalah tanda susu anda 'keluar'. Badan anda tidak tahu anda tidak menyusukan kembar, jadi susu akan keluar serentak. Sesetengah ibu akan berasa ketegangan, pengerasan atau seperti dicucuk jarum ketika susu keluar. Sesetengahnya tidak bersa sedemikian sehingga beberapa minggu.

Perhatikan pengeluaran air kencing dan najis bayi. Selain pertambahan berat badan, ini juga pertunjuk yang baik menunjukkan berapa banyak bayi anda menyusu.
Untuk beberapa hari selepas lahir, bayi akan membuang najis berwarna gelap. ini adalah najis yang disimpan sejak sebelum kelahiran. Dalam 1 ke 2 hari susu anda mula ada, najisnya akan bertukar warna dan kekerapan. ketika peralihan ini, najis akan berwarna keperangan atau kehijauan dan dalam bentuk cair dan tidak terbentuk. Apabila berumur 4 ke 5 hari, dia akan mula mengeluarkan 'najis susu' berwarna kekuningan dan berbiji. Dia patut membuang air besar 2-5 kali sehari dalam masa 24 jam dan mungkin akan membuang air besar selepas setiap penyusuan untuk beberapa minggu pertama. Jika najisnya berkurangan ini bermakna dia tidak mendapat susu yang mencukupi.

Semasa beberapa hari pertama, bayi anda hanya akan kencing 1 atau 2 kali sehari kerana dia hanya menerima kolostrum. Selepas susu telah ada, dia patut kencing 6-8 kali dalam masa 24 jam. Agak sukar untuk mengetahui berapa kerap bayi anda kencing kerana lampin pakai buang biasanya mempunyai gel yang menyerap air kencing agar sentiasa kering. Jadi anda boleh meletakkan tisu tandas didalam lampin itu utntuk menolong anda. Air kencin itu sepatutnya pucat, tiada berwarna and kurang berbau. Air kencing yang gelap menandakan bayi anda tidak mendapat susu yang mencukupi.

Cuma nasihat saya, berpegang pada prinsip, Mind over Mental..apa yang kita nak lakukan adalah yang terbaik untuk anak kita..Jangan ambil kisah sangat dengan kata-kata orang lain sebab bayi itu bayi kita.Kita yang menngandungkan, kita yang melahirkan.Kita yang ada hak nak tentukan."

Comments

Popular posts from this blog

Faris & His Book/ CD

Last week ibu ada belikan buku untuk Faris..saje je sebab geram tgk buku2 kartun short story yg dijual kt tempat keje ibu tu..4 series only RM13..kira murah la tu compared to buku2 yg dijual kt kedai2 buku..a good start untuk membiasakan Faris dgn buku2..biar dia main dgn buku tapi kena monitor jgk takut dia 'makan' buku tu.. Tengok tu gaya Faris baca buku..hehe..pandai anak ibu ni ye...jom layan gambo Faris sedang 'baca' buku.. Ini CD yg ibu dapat hadiah dari department ibu..So far Faris baru tgk CD COLOURS..excited Faris bila tgk CD tu...yg lain2 ibu belum introduce lg..

Jalan2 Cuti Sekolah - Cyberview Resort & Spa

Cuti sekolah December 2016 ni bawak bdk2 bercuti di Cyberview Resort & Spa..jauhnyeee bercuti...padahal 15 minit je pon dari rumah..hehe..xpe yg penting bdk2 enjoy main air...memang seronok la diorg..siap taknak balik lg..lain kali kite g hotel lg ye anak2 ibu syg... Memang cantik sgt view Cyberview hotel ni...5 star hotel la katakana..bilik air cantik cam nk tdo je dlm tu...kalo nk celebrate anniversary ke mmg sesuai sgt la hotel ni...bilik luas dan cantik..breakfast mmg awesome la...byk sgt choice makanan sedap2..    

5th Pregnancy ~ Baby 2017

As salam...pejam celik pejam celik dh nk habis 1st quarter 2017...cepat sngguh masa berlalu..bz mom macam ni lah...selalu rase x cukup masa..by the way antara whishlist 2017 yg ibu berazam utk buat ialah: 1. Saving in Tabung Haji (no more withdrawal) - simpanan terkumpul 10k sehingga 31 Dec 2017 2. Minimize shopping baju/ tudung (tahan nafsu ke tak ni??? huhuhu) 3. No more CC for shopping - clear all hutang CC 4. Baca Al-Quran at least 1 page 1 hari (biar sikit asalkan istiqamah ye dok??) 5. Al-Ma'thurat pagi & petang Mudah-mudahan semua whishlist ni terlaksana hendaknya... Ok kite tutup dulu cite pasal azam berazam ni ye...x sangka plak ibu pregnant 5th baby tahun 2017 ni..Alhamdulillah  rezki Allah...ibu dan abah terima seadanya...jangkaan bersalin dalm awal October tapi biasanya ibu bersalin 2 atau 3 minggu awal dari due sebenar..setakat ni gender baby x tahu boy ke girl...mana2 pon xpe asalkan baby sihat dan sempurna.. Pregnancy kali ini amat mencabar sebab