Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2011

Perkembangan Anak 2-3 Tahun

Mengenali Anak Anda (Umur 2-3 Tahun)

A. PERKEMBANGAN FIZIKAL
1. Sangat aktif, suka berlari dan melompat. Sekiranya berkemungkinan, ibubapa perlu menyusun atur rumah agar ada ruang yang membolehkan anak- anak bergerak tanpa rasa bimbang berlaku kemalangan dan kecederaan. Membawa anak ke taman permainan adalah satu langkah yang bijak. Di situ anak-anak dapat melakukan berbagai-bagai aktiviti fisikal di bawah pengawasan ibubapa.
2. Anak-anak di tahap ini belum dapat mengawal pergerakan otot-otot, sehingga mereka tidak dapat duduk diam dalam jangkamasa yang terlalu lama. Jadi, sia-sia saja kita meminta mereka duduk diam. Yang lebih baik ialah membiarkan mereka meneroka persekitaran sambil kita mengawasi mereka.

B. PERKEMBANGAN MENTAL
1. Daya konsentrasi sangat pendek dan mudah merasa jemu..
2. Rasa ingin tahu anak-anak di tahap ini sangat tinggi. Ibubapa perlu mengambil kira jenis alat permainan yang hendak dibeli. Permainan yang sesuai ialah permainan yang merangsang kreativiti anak-anak…

Lelaki Atau Perempuan? Jom Kita Teka

Di copy dr blok Kak Engku Bidan Bersalin...

Sambil mengusap-ngusap perut anda, mungkin anda tertanya-tanya apakah jantina bayi di dalam perut anda, lelaki ataupun perempuan?

Walaupun jantina bayi sudah boleh diketahui melalui ujian ultrasound, namum bukan semua berjaya dilihat. Lagipun lebih seronok jika main teka-teka bukan? Apa salahnya, boleh menghiburkan hati anda juga.

Jika anda ingin main teka-teka jantina bayi anda, anda boleh cuba perhatikan tip di bawah ini. Lihat tanda-tanda berikut dan cuba anda teka tanda yang anda alami lebih banyak berada pada bayi lelaki ataupun perempuan.

Tafsiran ini bukan untuk anda percayai sepenuhnya, tapi tidak salah untuk dijadikan hiburan dan kebetulan mungkin juga betul. Jadi, nak tahu lelaki atau perempuan, jom kita lihat.

TANDA BAYI LELAKI
1. Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung - ade skit2 je tu pon rase mual2 je
2. Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali dalam satu minit - x sure
3. Anda…