Wednesday, October 28, 2009

Gardening

Emm lately ni ibu minat sgt utk bergadening..mcm2 pokok bunga nk tanam...pembawakan baby ke ape ni??hehe..oo anak ibu suka gardening ye..tak pe la..nnti berseri sket laman rumah tu..actually ibu mmg minat ngan gardening ni especially tanam pokok2 bunga sejak dok umah sewa lg..skrg ni dh dok umah sndiri dn tanah pon agak luas..boleh la melaram ngan bunga-bungaan..bestnyerr kalo laman rumah kite dipenuhi dgn warna-warni bunga-bungaan pelbagai jenis..teringin nk wat ala2 English Garden cam kt bwh ni..



Masa Pesta Flora dulu ibu ade beli pokok bunga ros..mini roses kaler putih pink dn merah hati..comel sgt..tp hr tu tggal smggu ms bali raye..tgk2 pokok dh kering..huhu..bunga pon sume dh togel..ibu cube selamat..bg minum byk air dn letak baja blk..nmpk cam ade tunas2 baru tp buds tak de kuar lg..huhu..cian roses ibu..hopefully hidup subur la..

Beberapa bln lepas Su ade belikan orkid utk ibu..skrg ni ade la dlm 4 pokok kt umah tu..sumenye jenis hybrid Dendobrium..pokok orkid lawa dn senang jgk nk jaga..bunga2 orkid ni mmg unik sgt..cuma bila bunganya dh luruh lambat plak nk berbunga blk..tinggal la daun saje..bunga dh togel..orkid tak boleh kena direct sunlight kalo x mesti layu..siram sekali sehari je..insyaAllah ibu akn teruskan ngan hobi membelai orkid dn menambah koleksi orkid nie kt umah...

Last week plak ibu beli Japanese Rose kt nursery dkt ngan umah..emm bile baca2 forum kt internet cam best plak tanam JR ni sbb mudah hidup dn cepat membiak..lgpon bila dh berbunga nmpk comel sgt tambahan pule kalo dh lebat dn merimbun..tp bunganya akan kembang dlm kul 10 pg smpai ke tgh hari jer..bile ptg dh kuncup..so dlm koleksi ibu baru ade kaler putih, merah hati, pink dn oren berlapis..ibu tanam kt porch wat cam flower bed..mmg senang hidup pon bunga ni..bunga ni nk kan direct sunlight dn byk minum air..so kena siram pg ptg..gambo JR yg menjadi sumber inspirasi..harap2 yg kt umah tu berbunga la mcm ni..




Semalam ibu beli bunga kekwa plak kaler purple..cantik bunga tu..bunga ni tak leh panas sgt..sedang2 saje..means nk cahaya matahari waktu pg je...tak tau la bunga ni boleh bertahan ke tak..tp skali berbunga mmg tahan lama..cume kena rajin trim la..nnti ibu nk beli yg kaler2 lain plak..cadangnye ibu nk tanam atas tanah jerr..tp cam x confident..may be ibu akan pindahkan ke pasu yg lebih besar atau pasu pnjang..yg ibu beli smlm kaler purple cam dlm gambo kt bwh ni..nnti nk tmabah koleksi kaler kuning & putih plak..


Dalam whishlist ni byk lg jenis-jenis pokok bunga yg ibu nk ada dlm koleksi antaranya pokok ati2, lavender, cactus, daisy dn bunga-bungaan yg cute & comeyy..




selain dr outdoor plant ibu minat jgk nk buat miniature garden dan terrarium..terrarium ni gubahan tanaman dlm balang kaca atau akuarium tu..mcm dlm video ni http://www.ehow.com/video_9374_make-terrarium.html..



miniature garden pon sgt2 la comel ..boleh refer kt sini.. http://www.miniaturegarden.com/



hmm mcm2 nk buat dlm kepala ibu ni..skrg ni boleh la luangkan ms lg..dh ade baby nnti tak tau la sempat ke tidak..tp hopefully hobby ni tidak berkubur begitu saje..nnti free2 je kena perli ngan abh..hehe

Monday, October 26, 2009

Ayam Grill Madu & Crispy Potato Wedges

Emm mlm ni nk wat menu western utk mkn mlm ngan abah..cari resepi dlm internet..jumpe satu resipi ni kt myresipi.com..emm cam cedap jer resipi ni, komen2 dlm tu ckp resipi ni sedap..kena try nih..ibu mmg suke mkn wedges especially cheezy wedges kt kfc tu..nyum nyum nyum...

AYAM GRILL MADU









Bahan-bahan ( 4 orang )
500g ayam
1 kiub ayam
2 sudu besar kicap pekat manis
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
( TUMBUK )
2 ulas bawang putih
1cm halia
1 sudu kecil lada hitam

Cara-cara:-
1. Bersih ayam. Kemudian gaul dengan semua bahan-bahan di atas.
2. Perap 30 minit atau lebih. Kemudian grill kan dalam microwave atau bakar

CRISPY POTATO WEDGES









Bahan-bahan ( 2 orang )
2 biji kentang saiz XL - potong berbaji
2 sudu teh serbuk lada hitam berperisa AJISHIO
1 sudu teh serbuk cili
1 biji putih telur - dikocok
Tepung gandum untuk salut
Garam

Cara-cara:-
1. Kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang.
2. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.
3. Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang.
4. Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.
goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
5. Hidangkan panas² bersama sos thousand island & mayonis.

Actually ubi kentang ni byk khasiatnye..

"RASANYA yang enak menjadikan ubi kentang diterima dan disukai oleh kebanyakan masyarakat dunia. Terdapat beratus-ratus jenis ubi kentang yang tumbuh di serata dunia adalah dari keluarga Solanaceac seperti terung dan tomato.

Tumbuhan yang berasal dari Bolivia dan Peru ini mula ditanam sejak tujuh ribu tahun dahulu. Ia menjadi bahan penting dalam masakan Eropah sejak orang Sepanyol membawa keluar dari negara Amerika Selatan itu.

Ubi kentang kini ditanam secara besar-besaran terutamanya oleh peladang di Amerika syarikat. Ini kerana ianya mempunyai pelbagai khasiat untuk penjagaan kesihatan.

Ubi kentang kaya dengan kandungan potassium, vitamin C, karbohidrat kompleks, fiber atau gentian kepada gula darah (blood sugar) dan pengawalan tekanan darah.

Selain itu, ia juga mengandungi protien, zat besi, vitamin B1, B2 dan B3. Ia mempunyai kandungan potassium yang jumlahnya dua kali ganda daripada buah pisang.

Manakala jumlah lemaknya pula di bawah para 25 peratus. Ubi kentang sangat sesuai bagi mereka yang mengalami kekurangan gula dalam darah yang menghidap darah tinggi.

Di dalam pembentukan zat besi di dalam darah, ubi kentang adalah merupakan sumber yang terbaik. Ia juga adalah merupakan sumber yang mampu menjamin sistem ketahan badan kerana kandungan vitamin dan kalsiumnya tinggi.

Kandungannya juga terdapat bahan yang boleh meneutralkan virus carcinogens dan ianya lebih berkesan berbanding kacang soya. Manakala kulit ubi kentang kaya dengan clorogenic polypherol iaitu ianya dapat membantu mengelakkan daripada mutasi sel yang boleh membawa kepada
barah.

Satu kajian yang pernah dijalankan mendapati hirisan ubi kentang mentah dan jusnya boleh membantu seseorang mengurangkan kesakitan penyakit yang menyerang sendi-sendi dan radang otot. Hirisannya juga boleh melegakan kesakitan seperti pada urat atau tergeliat, kebakaran ringan dan luka-luka kecil dengan melekapkannya di atasnya.

Sos ubi kentang dikatakan boleh mengurangkan luka, mengurangkan kesakitan, mengelakkan jangkitan dan pencemaran bakteria. Manakala parutannya yang diletakkan di bahagian mata dikatakan mampu menghilangkan bulatan hitam pada mata (dark circles). Apabila paruatan itu dicampurkan bersama krim putar, ianya mampu untuk melambatkan kedutan pada muka."

Panduan Penyusuan Susu Ibu

"Salah satu perkara besar yang menghantui ibu-ibu baru, adakah mereka mempunyai susu yang cukup untuk bayi mereka. Ini adalah alasan yang biasa digunakan untuk mula mengambil susu tambahan dan juga menceraikan susu badan. Kita hidup dalam masyarakat yang menyukat segala-galanya dan kebanyakkan kita (terutama ibu kita) adalah menyusu dari botol (susu formula), jadi kita akan tahu berapa banyak susu yang diambil oleh bayi setiap penyusuan.

Sebenarnya hampir kesemua ibu dapat mengeluarkan susu yang mencukupi untuk bayi mereka. Manusia tidak akan berkembang jika ini tidak berlaku. Terdapat sebilangan kecil wanita yang tidak mempunyai susu yang cukup, tetapi ini jarang berlaku. Biasanya ini ada kaitan dengan masalah kesihatan (seperti pembedahan buah dada, pil perancang). Kebanyakkan masalah ini dapat diperbetulkan.

Wanita mempunyai 2 buah payudara, bermakna mereka juga dapat menyusukan kembar. Jadi ini adalah alasan menunjukkan ibu yang mempunyai 2 payudara dapat mengeluarkan susu yang cukup untuk 1 bayi.

Susu badan tidak dapat diukur menggunakan alat-alat yang saintifik, jadi adalah penting untuk anda
mengetahui samada bayi anda mendapat susu yang cukup atau tidak.

Di bawah disertakan panduan-panduan yang dapat membantu :

Susu akan 'ada' selepas 2-5 hari bayi dilahirkan. Bayi dilahirkan dengan lebihan cecair di dalam tisu-tisunya dan akan dibuang dalam masa 48 jam selepas lahir. Berat akan berkurang 7 - 8 auns. Buah pinggang bayi yang belum matang tidak akan mampu mengawal sejumlah besar cecair ketika ini. Amaun kolostrum yang kecil (cecair kuning pekat yang keluar dari payudara sebelum susu 'keluar') adalah sesuai untuk sistem penghadaman bayi baru lahir dan menyediakan antibodi yang penting. Dalam masa 24 jam pertama, anda akan mengeluarkan 37 ml kolostrum. Bayi akan mendapat 7 - 14 ml setiap penyusuan.
Biasanya pada hari kedua atau ketiga, payudara anda akan mula berasa 'lain', lebih panas, penuh dan berat. anda akan mula mengeluarkan susu transitional (gabungan kolostrum dan susu matang, berwarna kekuningan). Jika tiada berlaku perubahan pada payudara anda dan bayi anda kelihatan lapar selepas setiap penyusuan, hubungi doktor anda dan timbang bayi.

Bayi anda sepatutnya melekat dan menghisap (secara berganti-ganti laju dan perlahan) selama 10-15 minit pada setaip payudara. Selepas menyusu dia akan kelihatan puas dan tertidur ketika di payudara kedua. Jika dia tertidur dan tidak mengambil susu di payudara kedua, cuba bagi dua masa menyusu di antara kedua-dua payudara. Jika dia tertidur, dia akan mendapat susu selama 5 minit bagi kedua payudara dari 10 minit untuk sebelah sahaja. Anda patut mendengar bayi anda sentiasa menelan ketika menyusu
Bayi yan baru lahir perlu menyusu 8 kali dalam masa 24 jam. kebanyakan bayi baru lahir akan menyusu 10-12 kali atau lebih. Ini termasuk penyusuan yang panjang dan penyusuan yang pendek. Menyusu setiap 1 1/2 - 3 jam sepanjang siang dan setiap 4 jam pada waktu malam. Tetapi jangan sangka bayi anda akan menyusu mengikut jadual 4 jam - bayi anda tidak akan bertambah berat badan. Anda mungkin perlu mengejutkan bayi anda untuk menyusu.
Apabila susu anda telah ada. payudara akan terasa penuh sebelum penyusuan dan lembut selepas penyusuan. Anda mungkin melihat susu menitis daripada payudara sebelah ketika bayi menyusu di payudara lain. Ini adalah tanda susu anda 'keluar'. Badan anda tidak tahu anda tidak menyusukan kembar, jadi susu akan keluar serentak. Sesetengah ibu akan berasa ketegangan, pengerasan atau seperti dicucuk jarum ketika susu keluar. Sesetengahnya tidak bersa sedemikian sehingga beberapa minggu.

Perhatikan pengeluaran air kencing dan najis bayi. Selain pertambahan berat badan, ini juga pertunjuk yang baik menunjukkan berapa banyak bayi anda menyusu.
Untuk beberapa hari selepas lahir, bayi akan membuang najis berwarna gelap. ini adalah najis yang disimpan sejak sebelum kelahiran. Dalam 1 ke 2 hari susu anda mula ada, najisnya akan bertukar warna dan kekerapan. ketika peralihan ini, najis akan berwarna keperangan atau kehijauan dan dalam bentuk cair dan tidak terbentuk. Apabila berumur 4 ke 5 hari, dia akan mula mengeluarkan 'najis susu' berwarna kekuningan dan berbiji. Dia patut membuang air besar 2-5 kali sehari dalam masa 24 jam dan mungkin akan membuang air besar selepas setiap penyusuan untuk beberapa minggu pertama. Jika najisnya berkurangan ini bermakna dia tidak mendapat susu yang mencukupi.

Semasa beberapa hari pertama, bayi anda hanya akan kencing 1 atau 2 kali sehari kerana dia hanya menerima kolostrum. Selepas susu telah ada, dia patut kencing 6-8 kali dalam masa 24 jam. Agak sukar untuk mengetahui berapa kerap bayi anda kencing kerana lampin pakai buang biasanya mempunyai gel yang menyerap air kencing agar sentiasa kering. Jadi anda boleh meletakkan tisu tandas didalam lampin itu utntuk menolong anda. Air kencin itu sepatutnya pucat, tiada berwarna and kurang berbau. Air kencing yang gelap menandakan bayi anda tidak mendapat susu yang mencukupi.

Cuma nasihat saya, berpegang pada prinsip, Mind over Mental..apa yang kita nak lakukan adalah yang terbaik untuk anak kita..Jangan ambil kisah sangat dengan kata-kata orang lain sebab bayi itu bayi kita.Kita yang menngandungkan, kita yang melahirkan.Kita yang ada hak nak tentukan."

Keperluan Vitamin Selepas Bersalin

1) Multivitamin : perlu mengandungi iron formula kerana ia sangat penting bg tubuh terutama kerana kita banyak kehilangan darah selepas bersalin.

2) B compex : penting untuk elak kemurungan ( elak meroyan), bertindak sebagai penenang(antti stress), menstabilkan hormon

3) Vitamin C : mempercepatkan penyembuhan luka, memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin

4) zinc: membantu mempercepatkan proses baik luka terutama luka dalam ( untuk rahim)

5) soya protin : penting utk tubuh menghasilkan sel baru bagi menggantikan sel rosak.

6) alfalfa : milk booster

Sunday, October 25, 2009

Petua Banyakkan Susu

PETUA I
Petua ni hanya berkesan jika amalkan masa preg

1. bacalah 'ya matin' 70kali(al-matin ialah nama ALLAH dlm asmaul husna), dn tiup pada segelas air kosong dan minum air tu

2. banyakan baca surah al-hujurat
suami bacakan dan niat minta ALLAH banyakkan rezeki susu untuk anak dan lancarkan perjalanan susu

PETUA II
1. Barli
2. Longan Kering
3. Halba
4. Soya

PETUA III
Start kandungan masuk 6 bulan setiap hari selalu bersihkan nipple dgn air suam. Selain itu, minum air barli, soya dan air zam-zam. Berniat untuk bykkan susu. Amalkan sehingga bersalin..

PETUA IV
Kalau tgh mandi tu urut2 skit breast supaya bila baby lahir nanti dah ada susunya..

PETUA V
Tips yng paling berkesan utk susu sentiase byk and ckup utk anak, kena pastikan mnum air kosong byk (sekurang2nye 4 liter sehari klu bole lebih), kerapkan feeding anak, always think yang susu kite ckup and byk, klu nak makan supplement (milk booster) tu satu bonus

Breastpump ~ Spectra 3

This weekend (Ahad) plak ibu ngan abah pegi beli breast pump kt Lunatots kt Cheras (kedai kwn ibu masa kt U dulu)...brand Spectra RM590.50 package including:-

1. Spectra 3 breastpump
2. Moms Precious Traveler bag
3. Moms Precious cooler bag
4. 3 ice packs that can last up to 12 hours
5. Extra Spectra breast shield set (for double pumping)
6. 1 Spectra bottle and
7. 6 Moms Precious breastmilk storage bottles with 2 sipped cup


Emm pokai jgk duit ibu sbb breastpump ni guna bajet ibu..yg lain2 sume bajet abah..hehe tp x pe mahal sket asalkan berbaloi..utk kebaikan anak ibu, ibu sanggup berkorban ape saje..mudah-mudahan ibu dpt exclusive breastfeeding anak ibu smpai umur 2 thn..insyaAllah..

Panjang lebar jgk penerangan yg diberikan oleh Suraya (kwn ibu la tu)..dr cara penggunaan pump, maintenance, servis, cara penyimpanan stok susu dn mcm2 lg..mudah-mudahan ibu dpt jadikan panduan bila tiba masanya nnti..antara yg terpenting dlm exclusive bf ni ialah penyusuan susu ibu sepenuhnya selama 6 bulan pertama tanpa diberikan air kosong atau makanan lain..lps 6 bln bby baru boleh minum air kosong dn diperkenalkan dgn mknan lain spt bubur dsb..

Selain tu start perah susu utk buat stok seawal yg mungkin (dr 7 hari atau 2 mggu slps bersalin..ini penting utk bagi signal kt badan utk stimulate susu dr awal supaya takkan jd bekalan susu tak cukup nnti..dlm breastfeeding ni kena pakai supply & demand concept..makin byk permintaan maka makin byk la pengeluaran susu tu..so kena kerapkan menyusu..jgn pk -ve yg susu sikit atau bayi x ckp susu..dn yg plg penting sekali ialah ibu kena kuat semangat utk berikan yg terbaik (exclusive bf) utk bby..jgn hiraukan ape org kate..abaikan jerrr..:)

Check Up @ An-Nur Bangi ~ 30th Week

This week usia kandungan ibu dh menjangkau 30 mggu..dh msk angka 3 dh..means that tnggal lbh kurang 2 bln je lg dr due date..berdebar2 plak rasenye..takut pon ade, risau pon ade..tp x sabar pon ade nk tgk anak ibu lahir ke dunia..tak sabar nk menatap wajah anak ibu yg selalu bermain bola sepak dlm perut ibu..hehe

Hari Jumaat (23/10/09) ibu pegi check up kt An-Nur, Bangi..ni first time ibu check up kt sini sbb insyaAllah ibu nk deliver kt sini nnti..ramainye org kt An-Nur ni mak aii..ibu dtg kul 3..dlm kul 5 br smpai turn..boring jgk menunggu..ms tgh menunggu nurse amik tekanan darah dn berat..berat ibu dh 52.5 kg..alhamdulillah naik lg 2 kg..kire dh naik 8 kilo la dr awal pregnant..

Dh smpai turn jumpe doc plak..first time jumpe Dr. Kahmsiah Hj. Muda rase best sgt..she's very nice person..friendly, lembut dn baik jer..mcm Dr. Adilah jgk..beruntung dpt doc baik mcm ni..sejuk jer rase hati...doc scan perut ibu..berat anak ibu dlm 1.337 kg..hmm naik lbh krg 200 gm la dr last check up..alhamdulillah sume ok..bby ok dn kedudukan uri pon ok..kepala dh ke bawah tp x enggage lg..msh awal lg..mudah-mudahan ibu dpt bersalin secara normal dn dipermudahkan proses bersalin nnti..

Lps check up ibu ngan abah naik ke wad bersalin sbb nk visit wife kwn abah yg baru bersalin anak kedua..actually jiran jgk..hmm dia bersalin secara ceaser sbb bby tak engage wlaupon dh msuk 40 mggu..tak pe la asalkan sumenye selamat..besar jgk bby dia..berat 3.65 kg..bby boy lak tu..geram tgk bby..tibe2 je rase bersemangat dn rase cepat2 nk bersalin sbb nk peluk bby sndiri..ms nk balik tu ibu ajak abah visit nurseri bby kt tgkt 2..saje nk tgk2 bby bagi pembakar semangat..sumenye comey2..

Next week insyaAllah ibu ngan abah akan attend antenatal class anjuran An-nur..free jer class tu utk sape2 yg akan deliver kt sane..first time mommy & daddy kan mesti byk nk kena belajar..dlm perancangan tu insyaAllah by December ibu ngan abah akan attend breastfeeding class plak..insyaAllah..

K la..itu aje posting utk kali ni..:)

Shopping

Last weekend ibu dan abah pegi shopping brg2 baby kt JJ, IOI Mall Puchong..geram tgk sume brg2 baby yg cute2..rase sume nk beli..hehe...emm utk kali ni ibu beli brg2 basic dulu..senarai brg yg ibu dh beli:-

1. lampin (ANAKKU)
2. changing mat
3. tuala mandi 2 helai
4. sapu tangan 3 helai
5. baju 3 psg (PUREEN newborn)
6. mittens & booties 3 psg
7. nail clipper
8. toiletteries (Johnsons & Johnsons)
9. pampers (MAMYPOKO newborn)
10. powder casing (BABYPOOH - comel..ibu suka sgt)
11. receiving blanket (Luvable Friends) ~ yg ni beli online kt Littlewhiz.com
12. swaddle blanket (Kiddopotamus) ~ yg ni pon beli online kt Littlewhiz.com jgk

sume brg2 yg ibu beli base kaler biru & putih..ye la bby boy kan..insyaAllah..brg2 lain yg x beli lg mcm kelambu, topi, barut (yg tali dh ada turun temurun punye..cume
nk beli yg zap on 2 3 helai), minyak yu yi & minyak telon, baju & seluar kena tambah 3 4 psg lg..mittens & booties pon kena beli dlm 2 3 psg lg..emm yg nibeli next month plak tambah mane2 yg x ckp..ujung2 thn ni mesti ade sales...balik raya haji nnti ibu nk beli set tilam sekali ngan bakul kt Rantau Panjang/ Pengkalan Kubor..kt sane murah dn byk choice..

Thursday, October 15, 2009

Perubahan Emosi

Sejak akhir2 ni ibu jd sensitif sgt..tak tau la kenape...senang amik hati dgn ape org ckp especially dgn abah..mudah aje air mata ni menitis dan rasa sebak..huhu...may be perubahan hormon kot sbb ibu pernah bace yg ibu mengandung mudah sensitif..apatah lg di akhir2 kehamilan ni..mcm2 dok pk..may be sbb tu jd sensitif..

Tp kalo ibu menangis pon ibu sorok2 dr abah..ms awal2 mengandung dulu ibu sensitif jgk tp ibu suke memberontak..tunjuk depan2..nangis kuat2..blh dikatakan selang 2 hari mesti gaduh2 kecik ngan abah..ibu la yg ngada2..tp cepat2 mintak maaf ngan abah balik..haha lucu plak bile ingat blk..tp lame2 ibu jd cool plak especially di fasa pertengahan kehamilan..rase mcm berdosa plak kt abah selalu marah2 dia..nntikan susah nk bersalin..lagipon takut nnti anak ibu pon buat perangai mcm ibu nie..so jd penyabar sket lps tu..lately ni plak jd makin sensitif tp x tunjuk sgt..

Emm ibu teringin nk buat chocolate brownies..ape lg ibu carik ler resipi dlm internet..x susah rupenye nk buat brownies nie..weekend ni nk g cari butter ngan chocolate masak..bahan2 lain sume dh ade..hopefully menjadi lerr sbb first time nk wat brownies nie..sblm ni dok buat kek jerr..ni resepi brownies yg ibu amik dr http://www.trymasak.com..nyum nyum nyum..

Chocolate Brownies






Ingredients

1) Coklat masakan hitam (12 oz)
2) Mentega (8 oz)
3) Tepung (1/2 cawan)
4) Telur (4 biji)
5) Gula (1/2 cawan )
6) Kacang walnut (1 cawan)
7) Serbuk penaik (1 sudu besar)
8) Esen vanilla (1 sudu kecil)
9) Garam (1/2 sudu kecil)

Directions

-Cairkan coklat masakan dan mentega secara double boiling. Bila coklat dh cair angkat dan kacau rata
-Campurkan tepung, serbuk penaik dan garam di dlm bekas lain
-Adunkan coklat caie dgn gula sehingga gula hancur
-Masukkan telur & esen vanilla
-Masukkan adunan tepung sedikit demi sedikit
-Last sekali masukkan walnut
-Sapu loyang dgn sedikit minyak dn tabur gandum supaya tidak lekat
-Bakar dgn suhu 220 darjah celcius menggunakan api bwh selama 40 minit

Esok plan nk g Klang survey breastpump kt kedai enjoybreasrfeed.com..and ingat nk beli terus..sbb bajet bln ni nk beli breastpump dulu..awal sgt ke ekk?? nnti nk kena beli jgk..so baik beli terus nntikan duit habis ke lain plak..so gaji next month beli benda lain plak..brg2 baby sume under bajet abah lerr..hehe

Tuesday, October 13, 2009

Checklist

Ni checklist keperluan baby dan ibu yg amik dr internet..nnti ibu kena shortlist kan ape yg patut dibeli dulu dn ape yg akn dibeli kemudian..yg ni sbg panduan jerr..

SENARAI KEPERLUAN IBU DAN BAYI BAKAL LAHIR

Baju Lengan Panjang 100% cotton (6)
Baju Lengan Pendek 100% cotton (6)
Singlet Bayi 100 % cotton (4)
Seluar Panjang Berstokin (6)
Seluar Panjang Tanpa Stokin (4)
Seluar Pendek (4)
Selimut Bertopi (1)
Selimut Tanpa Topi (2)
Barut (12)
Kain Lampin (1 set)
Topi Bayi (1)
Sarung Kaki (Booties) (5 pasang)
Sarung Tangan (Mittens) (5 pasang)
Bib / Lapik dada (2)
Stokin Lawa Untuk Jalan2 (2)
Kasut Baby (1)
Tuala Muka / Lap / Sapu Tangan (10)
Tuala Mandi Bayi (2)
Lapik Plastik Untuk Menukar Baju/Diapers
(Plastic Changing Mat) (1)
Minyak Telon (1)
Drapolene Untuk Ruam Lampin (2)
Vaseline(Petroleum Jelly) Untuk Ruam Lampin (1)
Thermometer (1) – Optional
Minyak Limau Cap Yu Yee (1)
Syringe beri ubat boleh mintak kat klinik
Minyak Kembung/Sapu Urat Untuk Ibu
Vicks Vapour Rub 21st Century Perisa Strawberry
Zambuk untuk gigitan nyamuk, gatal2

Puting Botol Susu

Size S – 0 – 3 bulan
Size M – 3 – 6 bulan
Size L – 6 – 12 bulan
Size XL – 12 bulan ke atas
Puting X – 6 bulan ke atas (tak tumpah)

Size puting yang hendak dibeli, harus mengambilkira size badan anak juga. Kalau anak bertubuh kecil, tak perlu ikut cadangan umur.

Bekas Besar Meletakkan Botol Susu
Tempat Sidai Botol Susu
Botol Susu 2 oz
Botol Susu 4 oz
Botol Susu 8 oz
Penyepit Botol
Berus Botol
Bottle Steriliser Pills (optional)
Warmer (tempat menyimpan botol susu yang dah bancuh)
Bag bayi (Kecil) untuk diapers dan 1 helai baju, sekadar keluar 2-3 jam. Jenis Tote lebih praktikal dan sesuai.
Bag bayi (Large) untuk keluar lebih lama, bermalam

Diapers / Jenis Lampin Pakai Buang

Beli jenis Tesco, Carrefour, Giant

Kerana ia lebih ekonomik dan mudah didapati.

Harga dalam linkungan RM20 – RM25 untuk 90 keping.

Baby Wet Wipes Pek Besar dan kecil
Bedak Corn Starch (pakai sedikit sahaja, setiap kali menukar diapers utk elak ruam)
Powder Casing (bulu-bulu)
Perlu diingatkan, kalau dah sapu pada punggung, jangan sapu kat muka baby pulak !
Bedak Bayi (biasa)
Bath Mat Utk Besen Mandi ( elak licin utk yang tak biasa pegang bayi kecik )
Baby Sponge / Baby Loofah
Baby punya gayung
Bangku kecik untuk IBU duduk
Besen Mandian Bayi
Besen kecik membilas baju baby
Baby Oil ( Light ) – Botol paling kecil
Soap
Soap Container
Shampoo Bayi
Mandian Bayi
Kapas
Putik Kapas untuk mencuci kotoran di pusat bayi
1 set bantal dan bantal peluk bayi size kecil
1 bantal sederhana untuk travel (dalam kereta)
Rocker Bayi
Buaian bayi
Kain Buaian Bayi
Safety Pins (pin biasa utk kegunaan masa kecemasan)
Puting kosong untuk bayi nyonyot
Bekas susu ( milk powder container )
Thermos air panas
Bekas Tupperware Untuk Air Suam
Bekas Tupperware Untuk Mengisi Botol Susu/Puting
Breast Pump (Optional)
Set Katil Bayi Berserta Alas dll
Kelambu ala-tudung saji
Nizoral Cream untuk panas, merah di bawah dan belakang leher bayi. Pakai sedikit ajer bila terkena.
Lactulose untuk sembelit, dan apabila bayi tak buang air besar melebihi 5 hari, berikan 2 ml setiap malam.
Tiub Menyedut Hingus / Nasal Aspirator
Set Ketip Kuku Bayi
Sikat / Berus Rambut Lembut Bayi
Musical Toys / Music Box Utk lenakan bayi
Baby plastic changing mat (lapik plastic)


Nota :

Beli baju Size 14 adalah lebih bagus, boleh pakai lama. Kalau nak beli size NEWBORN atau Size 12, beli 2-3 helai ajer. Walau Nampak sedikit gelobos, Size 14 lebih selesa. Mudah untuk bapa pakaikan baju bayi, kalau Size 12 macam ‘comel’ sikit, tapi kalau silap pulas tangan nak masukkan baju, takut tersekat ketiak bayi tu pulak … he he he he …

KEPERLUAN X-TRA IBU

Perkara Nota
Pad Wanita
Tissue Biasa
Stoking
Selipar Dalam Bilik
Minyak untuk mengurut
Set Jamu
Set Bengkung
Folic Asid
Calcium Lactate
Anmum / Anlene
Alas Puting Buah Dada (breast pad)
Nursing Bra
Disposable Panties
Extra Panties
Adjustable Girdle, bengkung ada zip atau butang, boleh beli di Jaya Jusco dll.
Bephantam Cream untuk cracked nipple
Cocoa Butter Untuk Stretch Marks
Nivea Firming Body Lotion, sapu pada perut dan punggung untuk melembap dan menganjalkan kulit
Selsun Blue shampoo ( penutup hijau)

Nota : Selepas tempoh berpantang, perubahan hormone akan menyebabkan ibu keguguran rambut dengan teruk. Selsun Blue mampu merawat kulit kepala yang bermasalah, memberi ‘kekuatan’ dan membantu masalah rambut seperti gatal kulit kepala, kelemumur, keguguran rambut. Ibu harus memotong rambut dan mengawal serta menjaga rambut dengan betul

HOSPITAL CHECK LIST

Kad Lawatan Bulanan (Check Up Card)
Blouse butang depan (3)
Kain batik (3)
Baju cantik untuk dipakai masa balik rumah
Baju sejuk butang depan
Socks (4) + Slippers
Extra panties (6)
Disposable panties (1set)
Blanket kecik Ibu (1) - optional
Nursing Bra (2)
Sanitary Pads (Pureen)
Towel besar + towel kecil
Majalah/Buku
Buku Himpunan Doa
Sejadah / Telekong
Berus Gigi/Ubat Gigi
Jamu
Bengkung Ibu / Barut Baby
Kamera / Video / Bateri kamera
Duit syiling utk telefon(public)
Reload pre-paid
Handphone Charger + 2 pin plug
Address Book
Air Selusuh/Minyak Angin
Bag plastic Baju Kotor
Sudu/Garfu untuk makan
Bekas Tupperware (simpan makanan x abis)
Bath gel / Shampoo / Facial Wash Ibu
Face cream/moisturizer
Hair brush / Clips / Hairband
Air Zam Zam
Buah Kurma / Kismis / Madu
Minyak telon / Minyak Yu Yee Cap Limau
Set baju baby (4)
Baby Diapers (3 helai)

HOSPITAL CHECK LIST-baby


Tikar plastic baby (changing mat)
Baby towel
Baby handkerchief
Air Mineral Utk haus
Milo 3 in 1 atau Milo kotak
Biskut kering / Kek Lapis / Roti Krim
Apricot Kering Utk Ibu Kudap
Lactulose Utk Ibu Ambil Sehari Selepas Utk Memudahkan Buang Air Besar (lembutkan najis bukan cirit dan ianya bukan julap)
Botol susu baby (1)
Barut baby
Topi baby
Bantal baby utk riba dalam kereta
Bantal tidur untuk Ibu (kalau2 nak selesa)
Cushion untuk support pinggang Ibu dalam wad

Open House cum Warming House

Last weekend (11/10/2009) ibu dn abah wat open house cum warming house...perancangan awalnye ibu ngan geng2 ex-osmet ibu nk buat port luck je kt umah kite..dh alang2 tu buat je la terus open house kecil-kecilan aka warming house...diskas punye diskas last ibu ngan abah decide untuk sediakan nasi minyak ngan soto sbg main dishes open house nie..pastu ibu wat puding cocktail jgk..huhhhh..penat jgk sbb sume menu ibu masak sndiri..nasib baik ade bbrp org assistant..uda ngan sue byk tlg ibu..

Lebih kurang 100 tetamu jgk la yg dijemput termasuk kawan2, jiran dn sedara mara...majlis bermula dr pkul 12 tgh hari..org pertama smpai ialah ex-classmet ibu ms sekolah menengah dulu (Sue-T)..x lama lps tu geng2 ex-osmet Fajaria smpai bwk port luck masing2..Sue bwk puding caramel; Fiza bwk kek; Alia bwk kek lapis ngan agar2 laici; Picha ngan Ila bwk pancake durian & biskut Munchy's dan Zai bwk tembikai..sume mknan yg diorng bwk sedap2 belaka..emm untung la mane2 tetamu yg dtg tgh hari tu sbb menu penuh meja..yg dtg lewat tu nasib la..mkn ape yg ade jerr la..

Tetamu dtg x putus2 la..smpai ke mlm..kwn2 abah la ramai yg dtg..last guest smpai kul 10.30 mlm..opismet abah..alhamdulillah sume menu habis..x de la membazir atau x cukup..sedang2 elok jerr..lps je tetamu terakhir blk..ibu terus baring dn tertidur..penat lerrr..tggal abah ngan Uda mengemas dapur dn basuh ape yg patut..emm jgk buat open house ni wlaupon penat skit..insyaAllah abah kate nk jadikan open house acara tahunan..hehe..

Sambil2 update blog ni ibu tgh prepare list barangan baby yg perlu dibeli..Emm tak sabar nk tggu ujung mggu ni nk g shopping brg2 anak ibu nie..x beli pape pon lg..sorry yerr anak ibu...abah janji nk g beli brg2 baby weekend nie...bestnyerr!!

Thursday, October 8, 2009

28 Weeks & 3D/4D Scan

Hari ni (08/10/09) genap 28 mggu usia anak ibu dlm perut nie..ibu pegi check up kt Dr Adilah (last check up ngan dr Adilah..lps ni check up ngan Dr Khamsiah kt An-Nur plak)..berat ibu kali ni 50.40..alhamdulillah naik 3 kg lg..berat anak ibu plak dlm 1.0374 kg..normal la berat ni utk usia janin 28 weeks..ms scan tu dpt angel cantik sgt..doc ckp susah nk dpt angel mcm nie..pandai anak ibu ni ye..so doc print gambo 2D..tp kt klinik Dr Adilah ni x leh buat scan 3D/4D..

Alang2 dh cuti, so petang tu jgk ibu pegi buat scan 3D/4D kt Vission College dgn bayaran RM60..kalo buat kt tpt lain lg mahal smpai beratus2..kt sini student yg buat scan tu..x pe la kabn..yg penting puas hati ibu dpt tgk anak ibu kt dlm perut nie..ms tu tgh aktif plak tu..tayang muka comey bagi ibu dan abah tgk..hehe..yg plg best last scene tu anak ibu senyum..macam tau2 je org nk amik gambo dia..suke posing mcm abah dia..emm kalo tgk kan video ni anak ibu byk ikut iras abah..hehe..x kisah la mana2 pon syg...


video
Last scene ~ anak ibu tersenyum

Byk lagi scene yg sempat dirakam dlm masa x smpai 30 minit tu..










Wednesday, October 7, 2009

Jamuan Raya @ GEMS Office

Dh bbrp mggu ibu x update blog ni..malas la tu..hehe...emm smlm ade jamuan raye kt office ibu..byk sgt menu smpai x larat nk mkn..ada ns beriani, laksa johor, roti jala, lemang, ketupat, kuih muih sume ade la..jamuan ni sekali ngan celebrate birthday yg lahir bln 9 & 10..Jamuan kali ni ade pertandingan menu antara unit..unit ibu (SCM team) buat Pulut Indera Kayangan & Chiffon Bersantai..cantik decorationnye..sume ni idea Kak Sue & Kak Poji..ibu tlg2 jerr ape yg patut..




Sempena jamuan raye ni Head AMS siap bg duit raye lg ..yg bestnye ibu menang cabutan bertuah 2nd grand prize..rezki anak ibu nie..my lucky no. 052..dapat album...mmm boleh la letak gambar anak ibu bile anak ibu lahir nnti..ni gambo ibu ms amik hadiah lucky draw...


Bile tibe time mkn..sume org terjah nasik beriani dulu..tp ibu terjah laksa johor dulu takut x sempat mkn sbb mmg ibu mengidam nk mkn laksa johor ni sejak bln posa lg..laksa johor org lain buat x nak, nk yang ni je sbb sedap gilerrr..ni haa gambo ibu tgh mkn laksa johor..cedappnyerrr..tgk tu ibu dh start pakai pregnancy dress bb kain baju kurung sume dh x muat..kalo pakai baju kurung nnti mkn sket dh sengkak perut..kalo bkn dress pon aibu akan pakai jubah atau seluar yg mmg khas utk ibu mengandung..perut ibu dh memboyot..dh jd mak labu daaa..


lps mkn laksa johor baru ibu mkn ns beriani...fuhh kenyangnyerr...pastu mkn desert2 lain plak..mkn kek coklat..last skali mkn roti jala..dh mkn tu mengantuk la plak..rase nk titok jerr..dh la pc ibu x leh guna dr pg sbb rosak..cepat la kul 5..rase lmbt btul ms berlalu..ibu siap bwk blk lemang & rendang lg..mkn ngan abah kt umah..

Lagi gambar kenang-kenangan semasa jamuan raya...

Bersama SCM team

Bersama Kak Sue