Skip to main content

Ayam Grill Madu & Crispy Potato Wedges

Emm mlm ni nk wat menu western utk mkn mlm ngan abah..cari resepi dlm internet..jumpe satu resipi ni kt myresipi.com..emm cam cedap jer resipi ni, komen2 dlm tu ckp resipi ni sedap..kena try nih..ibu mmg suke mkn wedges especially cheezy wedges kt kfc tu..nyum nyum nyum...

AYAM GRILL MADU









Bahan-bahan ( 4 orang )
500g ayam
1 kiub ayam
2 sudu besar kicap pekat manis
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
( TUMBUK )
2 ulas bawang putih
1cm halia
1 sudu kecil lada hitam

Cara-cara:-
1. Bersih ayam. Kemudian gaul dengan semua bahan-bahan di atas.
2. Perap 30 minit atau lebih. Kemudian grill kan dalam microwave atau bakar

CRISPY POTATO WEDGES









Bahan-bahan ( 2 orang )
2 biji kentang saiz XL - potong berbaji
2 sudu teh serbuk lada hitam berperisa AJISHIO
1 sudu teh serbuk cili
1 biji putih telur - dikocok
Tepung gandum untuk salut
Garam

Cara-cara:-
1. Kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang.
2. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.
3. Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang.
4. Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.
goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
5. Hidangkan panas² bersama sos thousand island & mayonis.

Actually ubi kentang ni byk khasiatnye..

"RASANYA yang enak menjadikan ubi kentang diterima dan disukai oleh kebanyakan masyarakat dunia. Terdapat beratus-ratus jenis ubi kentang yang tumbuh di serata dunia adalah dari keluarga Solanaceac seperti terung dan tomato.

Tumbuhan yang berasal dari Bolivia dan Peru ini mula ditanam sejak tujuh ribu tahun dahulu. Ia menjadi bahan penting dalam masakan Eropah sejak orang Sepanyol membawa keluar dari negara Amerika Selatan itu.

Ubi kentang kini ditanam secara besar-besaran terutamanya oleh peladang di Amerika syarikat. Ini kerana ianya mempunyai pelbagai khasiat untuk penjagaan kesihatan.

Ubi kentang kaya dengan kandungan potassium, vitamin C, karbohidrat kompleks, fiber atau gentian kepada gula darah (blood sugar) dan pengawalan tekanan darah.

Selain itu, ia juga mengandungi protien, zat besi, vitamin B1, B2 dan B3. Ia mempunyai kandungan potassium yang jumlahnya dua kali ganda daripada buah pisang.

Manakala jumlah lemaknya pula di bawah para 25 peratus. Ubi kentang sangat sesuai bagi mereka yang mengalami kekurangan gula dalam darah yang menghidap darah tinggi.

Di dalam pembentukan zat besi di dalam darah, ubi kentang adalah merupakan sumber yang terbaik. Ia juga adalah merupakan sumber yang mampu menjamin sistem ketahan badan kerana kandungan vitamin dan kalsiumnya tinggi.

Kandungannya juga terdapat bahan yang boleh meneutralkan virus carcinogens dan ianya lebih berkesan berbanding kacang soya. Manakala kulit ubi kentang kaya dengan clorogenic polypherol iaitu ianya dapat membantu mengelakkan daripada mutasi sel yang boleh membawa kepada
barah.

Satu kajian yang pernah dijalankan mendapati hirisan ubi kentang mentah dan jusnya boleh membantu seseorang mengurangkan kesakitan penyakit yang menyerang sendi-sendi dan radang otot. Hirisannya juga boleh melegakan kesakitan seperti pada urat atau tergeliat, kebakaran ringan dan luka-luka kecil dengan melekapkannya di atasnya.

Sos ubi kentang dikatakan boleh mengurangkan luka, mengurangkan kesakitan, mengelakkan jangkitan dan pencemaran bakteria. Manakala parutannya yang diletakkan di bahagian mata dikatakan mampu menghilangkan bulatan hitam pada mata (dark circles). Apabila paruatan itu dicampurkan bersama krim putar, ianya mampu untuk melambatkan kedutan pada muka."

Comments

Popular posts from this blog

Mrangsang Bayi Ketika Dalam Kandungan

Merangsang anak di dalam kandungan adalah amat digalakkan kerana ia dipercayai dapat mengeratkan ikatan antara ibu bapa dan anak. Ia juga mampu mencerdaskan otak anak-anak anda. Mungkin ada yang menyangka ia adalah perkara yang sia-sia kerana menyangka anak yang di dalam kandungan tidak mengerti apa-apa. Anggapan itu adalah salah. Jadilah teman yang paling rapat dengan bayi anda. Berbuallah dengannya, bacakan buku cerita, perdengarkan muzik, perdengarkan bacaan al-Quran dan usaplah dia dengan kasih sayang. Percayalah, hubungan anda dengan bayi anda pasti akan jadi lebih erat apabila ia telah dilahirkan nanti. Ia pasti mengenalpasti suara anda dan anda pasti terpegun dengan hasilnya. Di bawah ini disenaraikan tujuh cara untuk meransang anak di dalam kandungan. 1. Ibu hamil hendaklah menjaga emosinya agar sentiasa tenang, ceria dan gembira agar anak yang akan dilahirkan nanti akan memiliki sifat-sifat tersebut dan tidak mudah meragam. 2. Lahirkanlah perasaan rindu menanti kelahiran b

RnR Fin SSO - Retro Theme

Sedar tak sedar tahun 2016 dah nk smpai ke penghujungnye..spt thn2 sebelum ini bulan 11 merupakan bulan untuk Finance SSO mengadakan RnR..so kali ni temanya Retro la plak..jenuh mencari idea untuk membuat persembahan bertemakan Retro..jenuh jgk mencari outfit untuk digayakan sempena beretro kali ni.. Last2 ktaorg sepakat untuk membuat lakonan, tarian dan nyayian..semua ko sapu..hahah! Jom layan gamba yg cun meletopsss....    

Shopping

Last weekend ibu dan abah pegi shopping brg2 baby kt JJ, IOI Mall Puchong..geram tgk sume brg2 baby yg cute2..rase sume nk beli..hehe...emm utk kali ni ibu beli brg2 basic dulu..senarai brg yg ibu dh beli:- 1. lampin (ANAKKU) 2. changing mat 3. tuala mandi 2 helai 4. sapu tangan 3 helai 5. baju 3 psg (PUREEN newborn) 6. mittens & booties 3 psg 7. nail clipper 8. toiletteries (Johnsons & Johnsons) 9. pampers (MAMYPOKO newborn) 10. powder casing (BABYPOOH - comel..ibu suka sgt) 11. receiving blanket (Luvable Friends) ~ yg ni beli online kt Littlewhiz.com 12. swaddle blanket (Kiddopotamus) ~ yg ni pon beli online kt Littlewhiz.com jgk sume brg2 yg ibu beli base kaler biru & putih..ye la bby boy kan..insyaAllah..brg2 lain yg x beli lg mcm kelambu, topi, barut (yg tali dh ada turun temurun punye..cume nk beli yg zap on 2 3 helai), minyak yu yi & minyak telon, baju & seluar kena tambah 3 4 psg lg..mittens & booties pon kena beli dlm 2 3 psg lg..emm yg nibeli next mon