Skip to main content

Petua Untuk Menambah Susu Ibu

1) Pemakanan

Lobak Putih - Rasanye agak pelik. Ada yang buat sup dan jus. Mana yang boleh terima tekaklah. masak sup, + telur + soohoon pun boleh, lagi sedap

Sawi - Masak goreng tumis atau rebus.

Pegaga, daun pucuk betik, jantung pisang - dimakan sebagai ulam, rebus atau urap. Urap tu campuran kelapa, daun, bawang merah, bawang putih, ikan bilis/ udang kering.

Cekur Manis - masak rebus/ lemak manis.atau dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.

Kacang Hijau - bubur kacang hijau.campur beras merah & also bagus utk pekatkan susu

Kacang Tanah - kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing

Daun Kucai - daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus.makanlah bersama-sama nasi

Petola, bayam, daun turi - masak lemak manis

2) Minuman

Minum susu - Susu Anmum Breastfeeding yang paling sesuai.

Air masak - Jangan lupa minum air masak banyak-banyak. Kajian menunjukkan minum air masak sebelum breastfeed baby, InsyaAllah banyak air susunya.

Longan Kering - Samada dibuat jus atau dimakan begitu sahaja. Direbus dulu dengan gula batu/ gula kabung/ gula merah, kemudian diminum airnya.

Halba - rendam dan minum airnya. Bole juga telan sesudu kecil ngan air suam kalu tak lalu nak minum airnye. Bole juga ditambah dlm apa2 masakan cth kari.

Oat - minum dengan air suam + susu tin/Anmum, buat lempeng/cekodok.

Amalkan minum milo/nestum/horlicks

Amalkan meminum air rebusan buah pala/jus pegaga/spirulina

Soya - minum secawan sehari.

Kurma - makan begitu sahaja atau buat jus/ ice blended

Madu - sebagai pemanis dalam minuman atau dessert.

3) Supplement

Milkmaid Tea - ramai ibu2 yg beri respon +ve bile minum tea nih.

GNC fenugreek - Halba dlm bentuk kapsul keluaran GNC, bole didapati di farmasi GNC.

Pil ASI

Melilea Greenfield Organic

Melilea Organic Soya Drink

Organic Henry

Bidadari DCL

Makan ubat homeopati - alafafa, china off, calc flour

omega 3

obimim

kalsium

vitamin c

4) Urutan

à sikat puting setiap hari, baca selawat pastu sikat dari atas keputing....

kanan dan juga kiri

àcuci dengan berus gigi puting2 tuuu takut tersumbat liang2 puting susu

à kalau sblm mengepam tuuuu, ambik kedua belah tangan urut dari atas terus

lurutkan kebawah...(bc selawat dulu)...insyaallah itu salah satu urutan utk BF

5) Cara-cara Lain

àbaca surah al baqarah ayat 60. sambil baca letakkan tangan pada breast tu. (satu lagi surah surah al-Hujurat kalau tak salah)

àSapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari.

àBunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi

àPucuk betik - Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari

àKobis bulat - Ambil 2 kelopak daunnya dan tekap ke breast. Atau lenyek2 pastu tampal kat breast. Bole kurangkan bengkak susu masa dlm pantang.

6) Psikologi

àSelalulah berfikiran positif untuk menyusukan anak. Kalau rasa susu semakin kurang tetapi anak baru saja berumur beberapa minggu, jangan cepat panik. Susukan seperti biasa. Banyakkan solat dan doa mudah-mudahan susu kembali normal.

àKetika di tempat kerja dan ketika mengepam susu, bayangkan wajah anak. Dipercayai ia dapat merangsang pengeluaran susu jika kita teringat kepada anak.

àSemakin kerap menyusukan anak, semakin banyak susu. Kosongkan payudara anda bermakna menghantar isyarat bahawa susu perlu dihasilkan lagi.

àDemand n Supply- kerapkan susuan, kalau ada masa, baby tidur, perahkan susu, tak kisahlah walau dapat 0.5oz pun, kerana by theory, more demand, more supply

7) Masa pengepaman

- cuba pam sekerap mungkin, lagi byk kita pam...lagi byk pengeluaran susu cthnya 3jam sekali
- mlm bagi baby isap kerap ....sebab bila mlm kalau kita bg baby isap boleh membaykkan pengeluaran susu juga
- bila pam, pam sampai susu tak keluar.....nanti breast kita akan produce susu baru....istilah yg kita selalu guna mcm kita 'buang sampah...sampah dah
penuh, kita buang dlm tong sampah...pastu kita ganti dgn plastik sampah baru' gitu jugak mcm air susu kita...bila kita dah habis pam, die akan
mengeluarkan susu baru
- sblm pam minum air suam dulu....lepas pam pon minum jugak.
- jgn minum air sejuk/ais nanti susu cepat keringjgn minum teh/nescafe taou.....mkn supplement jgn tinggal Ubat

8) Beberapa cara mengepam yang berkesan

- Jenis pam yang digunakan memainkan peranan yang besar dalam penghasilan susu. Pam yang terbaik adalah double pumping iaitu ada dua corong untuk pam kedua-dua payudara dalam masa yang sama.

- Di antara pam elektrik dan manual, aku lebih suka elektrik kerana ia lebih efektif dan setengahnya berstimulasi seperti bayi menghisap. Pam kesayanganku Spectra3.

- Pam ketika menyusukan anak dapat membantu penghasilan susu yang lebih banyak. Ketika baby menyusu, pasti payudara sebelah lagi menitik-nitik.Jangan bazirkannya, pam la sambil menyusukan anak.

Tawakkal kepada Allah dan berharap susu keluar dan cukup untuk baby.

Comments

  1. Salam,Faaizah.Blog awak byk inspired saya.saya juga ada penyakit pcos dan sedih sekali bila dpt tau penyakit ni menyebabkan kita agak sukar sedikit mengandung berbanding org biasa yg xde penyakit ni. After baca posting awak mengenai 'usaha demi usaha',saya terus wat decision wat ovarian drilling dengan Dr Adillah. Ovari kiri saya ditebuk dan telur2 lama dikeluarkan.Lately, saya jumpa Dr adillah, dia bgtau ovari kanan saya pula ada cyst sebesar 3mm. Dr suruh dtg lagi 2 minggu nk tgk adakah cyst sudah mengecil or membesar.Saya berdoa hopefully cyst saya mengecil hingga 1mm coz bila cyst dh mengecil hingga 1mm dah boleh amik suntikan hormon.Ingatkan after wat OD, masalah pcos ni akan selesai, rupanya x.Hopefully awak boleh bagi pendapat dan pandangan awak seperti apa yang perlu saya amik dalam pemakanan seharian saya ke or anything. Thanks alot faaizah..

    ReplyDelete
  2. Salam Sya..sorry sgt2 sbb baru bace post Sya ni..actually busy sket x sempat nk masuk blog..emm tahniah sbb berani berjuang utk dptkan baby..bkn senang nk buat keputusan utk operation tu kan..mcm sy dulu la..takut la..mcm2 ada dlm fikiran ni..emm teruskan usaha ye..emm dr segi pemakanan tu kena jaga sket la..elakkan mkn makanan berminyak..yg penting diet kena seimbang..emm kalo nk email sy pon boleh..dlm email leh cite panjang sket..ni email sy sfaaizah@yahoo.com..nnti kta sembang2 ye..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mrangsang Bayi Ketika Dalam Kandungan

Merangsang anak di dalam kandungan adalah amat digalakkan kerana ia dipercayai dapat mengeratkan ikatan antara ibu bapa dan anak. Ia juga mampu mencerdaskan otak anak-anak anda. Mungkin ada yang menyangka ia adalah perkara yang sia-sia kerana menyangka anak yang di dalam kandungan tidak mengerti apa-apa. Anggapan itu adalah salah. Jadilah teman yang paling rapat dengan bayi anda. Berbuallah dengannya, bacakan buku cerita, perdengarkan muzik, perdengarkan bacaan al-Quran dan usaplah dia dengan kasih sayang. Percayalah, hubungan anda dengan bayi anda pasti akan jadi lebih erat apabila ia telah dilahirkan nanti. Ia pasti mengenalpasti suara anda dan anda pasti terpegun dengan hasilnya. Di bawah ini disenaraikan tujuh cara untuk meransang anak di dalam kandungan. 1. Ibu hamil hendaklah menjaga emosinya agar sentiasa tenang, ceria dan gembira agar anak yang akan dilahirkan nanti akan memiliki sifat-sifat tersebut dan tidak mudah meragam. 2. Lahirkanlah perasaan rindu menanti kelahiran b

RnR Fin SSO - Retro Theme

Sedar tak sedar tahun 2016 dah nk smpai ke penghujungnye..spt thn2 sebelum ini bulan 11 merupakan bulan untuk Finance SSO mengadakan RnR..so kali ni temanya Retro la plak..jenuh mencari idea untuk membuat persembahan bertemakan Retro..jenuh jgk mencari outfit untuk digayakan sempena beretro kali ni.. Last2 ktaorg sepakat untuk membuat lakonan, tarian dan nyayian..semua ko sapu..hahah! Jom layan gamba yg cun meletopsss....    

OOTD - Kurung Moden

Hari ni rajin nk update blog sbb hari ni hari malas sedunia..hari utk relax2 sbb baru lepas closing last week...huhhh byk la ko punye rilek cik puan Tengku Puteri..haha..kali ni nk buat entry pasal ibu plaks... Semenjak dua menjak nih ibu suka sgt pakai baju kurung moden..kalo nk tempah baju ke nk beli baju online ke mesti kurung moden punye lah..kalo lepas beranak kt Habib dulu suke dressing jubah/ dress..skarang ni kurung moden & kebarung plaks..haha xde niat nk menunjuk ke ape ke..pakai untuk kepuasan diri sendiri jerk...kalo boleh hari2 mau pakai kurung moden..hehe tapi koleksi kurung moden x banyak sgt..baru nk menambah koleksi.. baju raye 2016 both kurung moden + 1 kebarung from Minimalace..   Lawa ke lawa?? harus la lawaaaaaaaa..haha perasan lah ibu ni kan..yg penting bile pakai kurung moden rase konfiden..ececehhhhh..hmmm nampaknye bertambah la koleksi kurung moden lps ni..