Skip to main content

Kembalinya Tok Ki ke Rahmatullah

Baru semalam ibu masuk keje..seminggu cuti kerana Tok Ki telah kembali ke rahmatullah..sebak bercampur sedih bagaikan tiada perkataan nak diluahkan..wlaupon ayah mertua tapi dah rasa macam ayah sendiri..nasib baik ibu & Faris ikut abah balik kampung apabila family call yang Tok Ki tidak sedarkan diri..sempatlah ibu berjumpa dengan Tok Ki..macam tidak percaya kerana sekelip mata sahaja Tok Ki telah tiada lagi di dunia yg fana ini..Tok Ki menderita sakit kanser usus..seblum ni Tok Ki enggan membuat pembedahan di hospital apabila mengetahui kanser usus yg dialaminya..Tok Ki ingin mencuba perubatan traditional dn kampung dahulu..tapi oleh kerana tak tertahan sakitnya, finally Tok Ki bersetuju utk di bedah..sebelum pembedahan abah sempat menjaga Tok Ki 5 hari di hospital..

Hari ke 5 selepas operation..Tok Ki akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10.45 malam Isnin (21 June 2010)..agak terkilan kerana ibu tidak dapat melihat Tok Ki sewaktu dia menghembuskan nafas terakhir..dn ibu juga tidak berada di sisi abah di saat abah kesedihan menghadapi kematian Tok Ki..maafkan ibu ye abah..first time ibu mendengar abah menangis sewaktu Tok Ki meninggal dunia..itulah pertama kali ibu melihat air mata seorang lelaki kehilangan org tersayang dlm hidupnya..al-fatihah buat Tok Ki..moga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama para solihin..amin!


Gambar kenangan Faris bersama Tok Ki sewaktu Tok Ki datang KL untuk membuat rawatan pembedahan batin di Sentul

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mrangsang Bayi Ketika Dalam Kandungan

Merangsang anak di dalam kandungan adalah amat digalakkan kerana ia dipercayai dapat mengeratkan ikatan antara ibu bapa dan anak. Ia juga mampu mencerdaskan otak anak-anak anda. Mungkin ada yang menyangka ia adalah perkara yang sia-sia kerana menyangka anak yang di dalam kandungan tidak mengerti apa-apa. Anggapan itu adalah salah. Jadilah teman yang paling rapat dengan bayi anda. Berbuallah dengannya, bacakan buku cerita, perdengarkan muzik, perdengarkan bacaan al-Quran dan usaplah dia dengan kasih sayang. Percayalah, hubungan anda dengan bayi anda pasti akan jadi lebih erat apabila ia telah dilahirkan nanti. Ia pasti mengenalpasti suara anda dan anda pasti terpegun dengan hasilnya. Di bawah ini disenaraikan tujuh cara untuk meransang anak di dalam kandungan. 1. Ibu hamil hendaklah menjaga emosinya agar sentiasa tenang, ceria dan gembira agar anak yang akan dilahirkan nanti akan memiliki sifat-sifat tersebut dan tidak mudah meragam. 2. Lahirkanlah perasaan rindu menanti kelahiran b

RnR Fin SSO - Retro Theme

Sedar tak sedar tahun 2016 dah nk smpai ke penghujungnye..spt thn2 sebelum ini bulan 11 merupakan bulan untuk Finance SSO mengadakan RnR..so kali ni temanya Retro la plak..jenuh mencari idea untuk membuat persembahan bertemakan Retro..jenuh jgk mencari outfit untuk digayakan sempena beretro kali ni.. Last2 ktaorg sepakat untuk membuat lakonan, tarian dan nyayian..semua ko sapu..hahah! Jom layan gamba yg cun meletopsss....    

Wafiyya 3rd Birthday

Happy birthday Wafiyya sayang...happy 3rd birthday to my notty & clever girl...Wafiyya oh Wafiyya gelagat mu sungguh menghiburkan hati ibu..walaupon ibu selalu marah Fiya tapi itu hanyalah marah2 syg..ketahuilah jauh di sudut hati ibu..ibu amat sayangkan semua anak2 ibu..kalo boleh sikit pon ibu tak nak marah kt anak2 ibu...huhu...tp ibu ni kurang sabar sket...tapi ibu syg Ya tau tau... Kali ni just celebrate birthday Fiya kat KFC je..tempah kek ngan Kak Nana...requested by Wafiyya nk kek bear kaler purple...Wafiyya ni suke sgt kaler purple..pantang tgk brg2 warna purple semua die nak..alahai anak kecik2 dh ade favorite kaler ekk...ape2 pon ibu ucapkan selamat hari jadi ke 3..semoga jadi anak solehah dan membesar dengan sihat...ibu cyg Ya..Wafiyya = Dora sebab rambut die macam Dora..heheh                                          Sweetnye kek ni..sesweet anak ibu yg comel ni...