Skip to main content

Buku Oh Buku

Lame dh tak update blog..bz lg la tu..hiks!

Hmmm kali ni tiba2 je nk buat entry pasal buku...ya buku yg pernah ibu tulis di suatu waktu dahulu..even masa tu belum kawin pon lg tp dh tulis buku pasal anak..hehe...wlaupon tak de pengalaman lg tapi menulis berdasarkan kajian dan pembacaan lah kirenye..maka terhasil lah 2 biji buku..buku pertama "Didik Anak Urus Wang" dan buku kedua "Didik Anak Jadi Usahawan" terbitan PTS Publications...


Antara ulasan dari pembaca mengenai buku ini yg diambil dari website PTS..

"Buku ini menarik perhatian saya kerana saya memang berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai pendidikan kewangan anak-anak. Saya berpendapat bahawa pendidikan awal mengenai kewangan harus diterapkan kepada anak-anak kerana mereka tidak akan mahir tentang perkara ini dengan sendirinya.

Terdapat 12 bab di dalam buku ini yang menerangkan mengenai pelbagai aspek pendidikan kewangan anak-anak. Penulis secara teratur memulakan perbincangan dengan memperkenalkan konsep wang dan anak dan diikuti dengan kaedah-kaedah praktikal mendidik anak mengurus wang. Penulis memberikan kaedah-kaedah praktikal beserta contoh-contoh yang bersesuaian untuk memudahkan pemahaman pembaca.

Menurut penulis konsep pendidikan kewangan yang harus diperkenalkan kepada anak adalah konsep pendapatan, perbelanjaan, simpanan, pinjaman dan perkongsian. 3 konsep awal tersebut boleh diperkenalkan apabila anak sudah mula petah bercakap. Apabila mereka sudah memahaminya dengan baik, bolehlah diperkenalkan pula konsep pinjaman dan pekongsian.

Saya tertarik dengan konsep simpanan yang dikongsi penulis. Penulis mencadangkan bahawa anak-anak harus diajar untuk menetapkan matlamat menyimpan supaya mereka dapat menyimpan tanpa rasa terpaksa. Di sini, ibu bapa boleh membantu dengan memberikan panduan untuk mereka menetapkan impian atau matlamat mereka yang realistik. Seterusnya di dalam proses ini, ibu bapa harus sentiasa memantau dengan memastikan mereka meletakkan wang simpanan itu ke dalam tabung setiap hari. Di akhir bulan atau apabila tabung sudah penuh, ibu bapa boleh membawa anak ke bank untuk menyimpannya. Penulis juga menyarankan agar buku wang saku dipraktikkan supaya anak-anak dapat melihat bagaimana dan ke mana elaun mereka digunakan.

Secara keseluruhannya saya dapati buku ini amat praktikal dan bermanfaat sebagai langkah permulaan untuk ibu bapa seperti saya mendidik anak mengenai wang. Saya amat mencadangkan buku ini sebagai bacaan awal kepada ibu bapa yang prihatin terhadap masa depan kewangan anak-anak mereka."

&mdash LATHIFAH ULFA BINTI ISMAIL • 09 Jul 2010



Teringin nk jadi novelis plak...hehehe..layakkah??? hmmm masih tak bersedia lg kot..tp skrg ni ibu mmg gilakan novel...antara favourite novelis ialah Siti Rosmizah & Fauziah Ashaari..meletopsss la karya diorng..best best!!! berangan nk jadi mcm novelis2 tu..semoga impian akan tercapai suatu hari nnti..hehe

Comments

Popular posts from this blog

Mrangsang Bayi Ketika Dalam Kandungan

Merangsang anak di dalam kandungan adalah amat digalakkan kerana ia dipercayai dapat mengeratkan ikatan antara ibu bapa dan anak. Ia juga mampu mencerdaskan otak anak-anak anda. Mungkin ada yang menyangka ia adalah perkara yang sia-sia kerana menyangka anak yang di dalam kandungan tidak mengerti apa-apa. Anggapan itu adalah salah. Jadilah teman yang paling rapat dengan bayi anda. Berbuallah dengannya, bacakan buku cerita, perdengarkan muzik, perdengarkan bacaan al-Quran dan usaplah dia dengan kasih sayang. Percayalah, hubungan anda dengan bayi anda pasti akan jadi lebih erat apabila ia telah dilahirkan nanti. Ia pasti mengenalpasti suara anda dan anda pasti terpegun dengan hasilnya. Di bawah ini disenaraikan tujuh cara untuk meransang anak di dalam kandungan. 1. Ibu hamil hendaklah menjaga emosinya agar sentiasa tenang, ceria dan gembira agar anak yang akan dilahirkan nanti akan memiliki sifat-sifat tersebut dan tidak mudah meragam. 2. Lahirkanlah perasaan rindu menanti kelahiran b

RnR Fin SSO - Retro Theme

Sedar tak sedar tahun 2016 dah nk smpai ke penghujungnye..spt thn2 sebelum ini bulan 11 merupakan bulan untuk Finance SSO mengadakan RnR..so kali ni temanya Retro la plak..jenuh mencari idea untuk membuat persembahan bertemakan Retro..jenuh jgk mencari outfit untuk digayakan sempena beretro kali ni.. Last2 ktaorg sepakat untuk membuat lakonan, tarian dan nyayian..semua ko sapu..hahah! Jom layan gamba yg cun meletopsss....    

Shopping

Last weekend ibu dan abah pegi shopping brg2 baby kt JJ, IOI Mall Puchong..geram tgk sume brg2 baby yg cute2..rase sume nk beli..hehe...emm utk kali ni ibu beli brg2 basic dulu..senarai brg yg ibu dh beli:- 1. lampin (ANAKKU) 2. changing mat 3. tuala mandi 2 helai 4. sapu tangan 3 helai 5. baju 3 psg (PUREEN newborn) 6. mittens & booties 3 psg 7. nail clipper 8. toiletteries (Johnsons & Johnsons) 9. pampers (MAMYPOKO newborn) 10. powder casing (BABYPOOH - comel..ibu suka sgt) 11. receiving blanket (Luvable Friends) ~ yg ni beli online kt Littlewhiz.com 12. swaddle blanket (Kiddopotamus) ~ yg ni pon beli online kt Littlewhiz.com jgk sume brg2 yg ibu beli base kaler biru & putih..ye la bby boy kan..insyaAllah..brg2 lain yg x beli lg mcm kelambu, topi, barut (yg tali dh ada turun temurun punye..cume nk beli yg zap on 2 3 helai), minyak yu yi & minyak telon, baju & seluar kena tambah 3 4 psg lg..mittens & booties pon kena beli dlm 2 3 psg lg..emm yg nibeli next mon