Skip to main content

Mrangsang Bayi Ketika Dalam Kandungan

Merangsang anak di dalam kandungan adalah amat digalakkan kerana ia dipercayai dapat mengeratkan ikatan antara ibu bapa dan anak. Ia juga mampu mencerdaskan otak anak-anak anda. Mungkin ada yang menyangka ia adalah perkara yang sia-sia kerana menyangka anak yang di dalam kandungan tidak mengerti apa-apa. Anggapan itu adalah salah. Jadilah teman yang paling rapat dengan bayi anda.

Berbuallah dengannya, bacakan buku cerita, perdengarkan muzik, perdengarkan bacaan al-Quran dan usaplah dia dengan kasih sayang. Percayalah, hubungan anda dengan bayi anda pasti akan jadi lebih erat apabila ia telah dilahirkan nanti. Ia pasti mengenalpasti suara anda dan anda pasti terpegun dengan hasilnya.

Di bawah ini disenaraikan tujuh cara untuk meransang anak di dalam kandungan.

1. Ibu hamil hendaklah menjaga emosinya agar sentiasa tenang, ceria dan gembira agar anak yang akan dilahirkan nanti akan memiliki sifat-sifat tersebut dan tidak mudah meragam.

2. Lahirkanlah perasaan rindu menanti kelahiran bayi anda dengan penuh ikhlas dan penuh kasih sayang melalui usapan dan sentuhan lembut.

3. Perdengarkan beberapa jenis muik seperti Mozard dan gemelan. Selalulah berzikir dan membaca ayat-ayat al-Quran seperti surah Yusuf, surah Maryam dan surah Luqman.

4. Selalulah berbual-bual dengan bayi anda dengan suara yang lembut. Apabila berbual dengan bayi anda, kenalkan diri anda. Ini adalah penting kerana dia hanya mampu mendengar dan merasa, tetapi masih tidak boleh melihat dunia luar.

5. Lakukanlah isyarat-isyarat mudah seperti menepuk perut dengan lembut, menggosok persekitaran perut, menggoncang perut perlahan-lahan dan kemudian usap dengan lembut untuk menenangkannya.

6. Perkenalkan perbezaan suasana terang dan gelap dengan menggunakan lampu picit yang disuluhkan ke perut. lakukan ransangan ini 5 hingga 10 minit.

7. Jika bayi anda mempunyai abang atau kakak, perkenalkan mereka kepada bayi anda. Ajaklah anak-anda berinteraksi dengan adik mereka. Ajaklah mereka berbual serta menciumnya. Cara ini akan dapat menyemai perasaan kasih sayang di antara mereka adik beradik sejak awal lagi. Sekali gus akan dapat mengelakkan perasaan cemburu si abang atau si kakak terhadap adik mereka bila adik mereka telah dilahirkan nanti.

Lakukanlah rangsangan-ransanan seperti yang dinyatakan tersebut. Anda pasti terpegun dan terujadengan tindakbalas dari bayi anda nanti. Dipercayai juga, ransangan bayi di dalam perut akan menjadikan bayi anda lebih bijak dan pintar.

Comments

Popular posts from this blog

RnR Fin SSO - Retro Theme

Sedar tak sedar tahun 2016 dah nk smpai ke penghujungnye..spt thn2 sebelum ini bulan 11 merupakan bulan untuk Finance SSO mengadakan RnR..so kali ni temanya Retro la plak..jenuh mencari idea untuk membuat persembahan bertemakan Retro..jenuh jgk mencari outfit untuk digayakan sempena beretro kali ni.. Last2 ktaorg sepakat untuk membuat lakonan, tarian dan nyayian..semua ko sapu..hahah! Jom layan gamba yg cun meletopsss....    

Shopping

Last weekend ibu dan abah pegi shopping brg2 baby kt JJ, IOI Mall Puchong..geram tgk sume brg2 baby yg cute2..rase sume nk beli..hehe...emm utk kali ni ibu beli brg2 basic dulu..senarai brg yg ibu dh beli:- 1. lampin (ANAKKU) 2. changing mat 3. tuala mandi 2 helai 4. sapu tangan 3 helai 5. baju 3 psg (PUREEN newborn) 6. mittens & booties 3 psg 7. nail clipper 8. toiletteries (Johnsons & Johnsons) 9. pampers (MAMYPOKO newborn) 10. powder casing (BABYPOOH - comel..ibu suka sgt) 11. receiving blanket (Luvable Friends) ~ yg ni beli online kt Littlewhiz.com 12. swaddle blanket (Kiddopotamus) ~ yg ni pon beli online kt Littlewhiz.com jgk sume brg2 yg ibu beli base kaler biru & putih..ye la bby boy kan..insyaAllah..brg2 lain yg x beli lg mcm kelambu, topi, barut (yg tali dh ada turun temurun punye..cume nk beli yg zap on 2 3 helai), minyak yu yi & minyak telon, baju & seluar kena tambah 3 4 psg lg..mittens & booties pon kena beli dlm 2 3 psg lg..emm yg nibeli next mon