Skip to main content

Petua & Teknik Melahirkan

Sekarang ni ibu dh mula mencari2 petua untuk memudahkan proses bersalin....kalo blh ibu nk bersalin secara normal...mudah-mudahan dipermudahkan segalanya..ini petua yg ibu dpt dr forum Ratu Hati..

PETUA DAN TEKNIK MEMUDAHKAN PROSES KELAHIRAN SECARA NORMAL

I. PETUA YANG PERLU DIAMALKAN SEMASA MENGANDUNG UNTUK MEMUDAHKAN KELAHIRAN

1. Senaman Pernafasan
Berlatih semasa mengandung lagi untuk membiasakan kita dengan teknik pernafasan ini. Cuba bayangkan situasi ketika saat ingin melahirkan dan buatlah latihan pernafasan seperti berikut:a. Early labour breathing (mula rase sakit/ start contraction)Bernafas dengan panjang dan berlahan-lahan melalui hidung b. Active stage breathing (contraction makin kerap n makin sakit)Mula bernafas melalui hidung dan lepas melalui mulut. Apabila contraction makin kerap, ambil nafas pendek dan cepat untuk kurangkan kesakitan. Tarik dua kali melalui hidung dan lepas melalui mulut.Apabila contraction hilang (contaraction atau sakit akan berulang dalam dalam tempoh-tempoh tertentu) ambil nafas panjang melalui hidung dan lepas melalui mulut. Apabila contraction terasa semula bernafas seperti tadi, pendek dan cepat.c. Second stage breathingTarik nafas dalam-dalam melalui mulut, kerana oksigen akan masuk dengan banyak berbanding melalui hidung..dan baru push smbil lepas nafas perlahan-lahan dengan satu nafas supaya bayi tak tersekat dan betul-betul keluar. Teran tanpa mengeluarkan suara dan sekiranya kehabisan nafas semasa meneran, jangan lepaskan kesemua nafas, terus tarik nafas semula. Ini bagi mengelakkan bayi masuk kedalam semula.Maklumat lanjut sila layari www.askbaby.com/breathing-exercises-for-labour.htm

2. Senaman Kegel (Kemut)
Senaman ini baik untuk kulit/otot vagina supaya lebih kenyal, dengan itu otot boleh mengembang dengan lebih baik apabila proses kelahitan bayi. Senaman ini juga bagus untuk kekuatan otot yang menyokong rahim dan untuk menjamin keintiman hubungan suami isteri. Senaman ini boleh dilakukan dimana saja (org bukan tau pun kte tgh wat senaman kegel ni... huhuhu...). Salah satu daripada senaman kegel adalah dengan menahan air kencing separuh jalan, dan kira sampai 10 (atau 10 saat) dan baru dilepaskan bakinya.

3. Amalan membaca surah Maryam
Amalkan membaca surah Maryam terutama sekalai apabila sudah mendekati tarikh jangkaan bersalin. Kisah Maryam melahiran Nabi Isa dalam Surah Maryam Ayat 23-26.

4. Jangan amalkan minum ais atau minuman sejuk
Ada orang tua-tua berpesan supaya jangan amalkan minuman sejuk dikuatiri ibu-ibu akan lemah tidak berdaya dan kehilangan tenaga semasa proses kelahiran.

5. Makan secukupnya
Pastikan apabila sudah mendekati tarikh jangkaan bersalin, ibu makan secukupnya. Ini sangat penting bagi memastikan ibu mempunyai tenaga untuk proses meneran. Sekiranya tiada selera makan, banyakkan makan kurma kerana kurma boleh bagi tenaga kepada badan. Siti Maryam pun di saat melahirkan Nabi Isa cuma makan beberapa biji kurma dan Beliau mudah melahirkan dgn izinNya.

II. PETUA SEMASA MULA TERASA SAKIT CONTRACTION (BERMULA KETIKA PINTU RAHIM SUDAH TERBUKA 2CM)

1. Mula bernafas cara ’Early labour breathing”

2. Mula minum air selusuh. Sebelum minum, selawat, baca al-fatihah dan berdoa "Ya Allah izinkanlah dan permudahkanlah anak dalam kandungan ini lahir dgn mudah dan sempurna.. ampunkan la segala dosa.. dan ringankan kesakitan ini..”

3. Kalau ada minyak selusuh, sapu minyak sambil selawat pada seluruh perut, pangkal paha, paha dan pinggang. Kemudian Selawat dan minum sesudu sambil berdoa.. ",Ya Allah izinkanlah dan permudahkanlah anak dalam kandungan ini lahir dgn mudah dan selicin minyak ini.. ampunkan la segala dosa.. dan ringankan kesakitan ini..”

4. Jangan fokus pada sakit, ingatlah yang kita sedang berusaha hendak melahirkan seorang khalifah Allah ke dunia.

5. Sekiranya contaraction makin kerap, mula bernafas cara “active stage breading” cepat dan pendek. Tarik dua kali melalui hidung dan lepas melalui mulut.

6. Banyakan zikir doa keampuanan Nabi Yunus dalam perut ikan yu.. ”la ila hailla anta subhaa naka inni kuntumminalzolimin.”. dan banyakkan doa ”Ya Allah permudahkanlah kelahiran seorang lagi hambamu dan umat Muhamad S.A.W ke dunia ini.”

III . PETUA SEMASA PROSES KELAHIRAN BAYI(proses meneran tuk kluarkan baby)

1. Jangan fokus pada sakit ingatkan yg kita tgh berusaha nak keluarkan seorg khalifah Allah ke dunia.

2. Jangan teran cepat sangat, biasanya gesaan (urge) meneran akan datang dengan sendirinya. Bersedia meneran apabila bukaan 8-10cm. Apabila rasa sakit dan gesaan untuk meneran sudah terasa baru boleh meneran.

3. Posisi semasa nk melahirkan..Dalam keadaan berbaring, buka kaki dan tinggikan lutut sambil kedua-dua tangan pegang pada kedua-dua buku lali. Posisi ini memastikan kedudukan kaki akan terbuka dan terkangkang dengan luas bagi memudahkan proses keluaran bayi dan memudahkan doktor atau bidan menyambut kelahiran.

4. Posisi suami untuk membantu isteri supaya mudah melahirkan..Sebelah tangan pegang bahu isteri untuk dijadikan sebagai tempat menyandar (isteri boleh bersandar dilengan suami supaya terasa lebih selesa). Dan sebelah tangan lagi tekan lutut isteri untuk mengelakkan isteri mengangkat punggung semasa meneran (elakkan koyakan)

5. Teknik Meneran dan bernafas (Second stage breathing)Tarik nafas dalam-dalam melalui mulut, dan teran sambil angkat badan (bkn angkat punggung ya..) mendekati lutut sambil dagu cecah ke dada...dgn satu nafas supaya bayi keluar keseluruhannya tanpa tersekat. Teran tanpa mengeluarkan suara untuk pastikan kita meneran sepenuh hati dan sekiranya tak cukup nafas semasa meneran, jangan lepaskan kesemuanya, terus tarik nafas semula, sebab, dikuatiri kalau lepaskan nafas kesemuanya, bayi akan termasuk kedalam semula atau tersekat.

Comments

Popular posts from this blog

Mrangsang Bayi Ketika Dalam Kandungan

Merangsang anak di dalam kandungan adalah amat digalakkan kerana ia dipercayai dapat mengeratkan ikatan antara ibu bapa dan anak. Ia juga mampu mencerdaskan otak anak-anak anda. Mungkin ada yang menyangka ia adalah perkara yang sia-sia kerana menyangka anak yang di dalam kandungan tidak mengerti apa-apa. Anggapan itu adalah salah. Jadilah teman yang paling rapat dengan bayi anda. Berbuallah dengannya, bacakan buku cerita, perdengarkan muzik, perdengarkan bacaan al-Quran dan usaplah dia dengan kasih sayang. Percayalah, hubungan anda dengan bayi anda pasti akan jadi lebih erat apabila ia telah dilahirkan nanti. Ia pasti mengenalpasti suara anda dan anda pasti terpegun dengan hasilnya. Di bawah ini disenaraikan tujuh cara untuk meransang anak di dalam kandungan. 1. Ibu hamil hendaklah menjaga emosinya agar sentiasa tenang, ceria dan gembira agar anak yang akan dilahirkan nanti akan memiliki sifat-sifat tersebut dan tidak mudah meragam. 2. Lahirkanlah perasaan rindu menanti kelahiran b

RnR Fin SSO - Retro Theme

Sedar tak sedar tahun 2016 dah nk smpai ke penghujungnye..spt thn2 sebelum ini bulan 11 merupakan bulan untuk Finance SSO mengadakan RnR..so kali ni temanya Retro la plak..jenuh mencari idea untuk membuat persembahan bertemakan Retro..jenuh jgk mencari outfit untuk digayakan sempena beretro kali ni.. Last2 ktaorg sepakat untuk membuat lakonan, tarian dan nyayian..semua ko sapu..hahah! Jom layan gamba yg cun meletopsss....    

OOTD - Kurung Moden

Hari ni rajin nk update blog sbb hari ni hari malas sedunia..hari utk relax2 sbb baru lepas closing last week...huhhh byk la ko punye rilek cik puan Tengku Puteri..haha..kali ni nk buat entry pasal ibu plaks... Semenjak dua menjak nih ibu suka sgt pakai baju kurung moden..kalo nk tempah baju ke nk beli baju online ke mesti kurung moden punye lah..kalo lepas beranak kt Habib dulu suke dressing jubah/ dress..skarang ni kurung moden & kebarung plaks..haha xde niat nk menunjuk ke ape ke..pakai untuk kepuasan diri sendiri jerk...kalo boleh hari2 mau pakai kurung moden..hehe tapi koleksi kurung moden x banyak sgt..baru nk menambah koleksi.. baju raye 2016 both kurung moden + 1 kebarung from Minimalace..   Lawa ke lawa?? harus la lawaaaaaaaa..haha perasan lah ibu ni kan..yg penting bile pakai kurung moden rase konfiden..ececehhhhh..hmmm nampaknye bertambah la koleksi kurung moden lps ni..