Skip to main content

Makanan Dalam Pantang

Makanan Untuk Berpantang

Ketika berpantang anda ditegah daripada makan sembarangan mengikut kehendak selera. Informasi ringkas tentang pemakanan yang perlu diamalkan sepanjang tempoh berpantang dan perkara yang harus dielakkan dapat membantu.

Berpantang bukan sahaja melibatkan kesihatan, bahkan ia saling berkait dengan amalan pemakanan. Ini kerana dalam tempoh berpantang, badan anda masih lagi lemah malah sakit ketika bersalin masih belum lagi reda sepenuhnya. Mengikut amalan tradisional masyarakat Melayu, ibu-ibu lazimnya diberikan makanan yang mampu mendatangkan sumber darah di dalam badan, misalnya limpa dan hati. Ia bagi menggantikan darah yang banyak hilang semasa proses kelahiran berlangsung. Kaedah memasak bagi ibu dalam pantang juga agak berbeza. Masakan lazimnya dimasak dengan cara tertentu yang dipercayai boleh membantu menghilangkan angin dan kurang lemak selain mengecutkan urat saraf yang mengembang.


Jamu

Kebanyakan ibu-ibu lepas bersalin mengamalkan pemakanan jamu bagi memulihkan semula tenaga dan memperbaiki bentuk badan agar kembali seperti sediakala. Bagaimanapun, sebaiknya anda tidak mengambil jamu pada peringkat awal kerana kandungan bahan di dalamnya boleh menjejaskan kesihatan bayi yang disusukan. Makanlah selepas 2 minggu lepas bersalin serta dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum anda mengambilnya.


Ulam-Ulaman

Anda disyorkan makan lebih banyak ulaman dan sayuran yang sesuai untuk ibu dalam pantang, tetapi elakkan makan petai, jering atau apa sahaja ulaman yang menerbitkan bau yang busuk.


Rempah Ratus

Dipercayai makanan yang dimasak dengan menggunakan pelbagai jenis rempah ratus dapat mengurangkan masalah berat badan yang dialami selain memulihkan tahap kesihatan.


Halia Muda

Sekiranya anda mengamalkan pemakanan yang mengandungi banyak halia, ia dapat memecahkan angin dalam badan, menghilangkan rasa sejuk dan melancarkan proses penghadaman.


Kunyit

Kunyit yang sering diminum sebagai jamu oleh ibu berpantang dipercayai dapat mengecutkan rahim dan mencuci darah. Bahkan jika kunyit dimakan bersama nasi selama 40 hari, anda mampu mengembalikan kecergasan tubuh dan menyembuhkan luka.


Bawang Putih

Bawang putih bukan sahaja berfungi sebagai penyedap makanan, bahkan mampu mengembalikan semula tenaga yang hilang ketika bersalin. Bahkan ia juga dipercayai mampu membuang angin kotor dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan.


Pegaga

Ulam ini cukup terkenal di kalangan ibu berpantang. Daun pegaga disifatkan sebagai tonik saraf kerana fungsinya membantu menambahkan ingatan dan merehatkan minda serta tubuh badan. Malah ia dapat mengatasi masalah yang dialami selepas bersalin.


Sawi

Di kalangan masyarakat India, sawi menjadi keutamaan ketika berpantang. Sayur sawi dipercayai dapat membuang angin dalam tubuh badan. Selalunya, sayur ini dimasak dengan cara mencelur terlebih dahulu dan dimakan bersama hidangan nasi panas.


Peria

Amalan memakan peria ketika berpantang dapat mengatasi masalah kesukaran membuang air besar. Ia juga dapat menambahkan penghasilan susu ibu selain membersihkan dan melancarkan peredaran darah.


Ikan Haruan & Tenggiri

Untuk mengekalkan kesegaran tubuh, kebanyakan ibu berpantang akan mengamalkan pemakanan ikan haruan dan ikan tenggiri. Selain membantu melicinkan dan menegangkan kulit tubuh, ia dapat menyembuhkan luka dalaman dan luaran tubuh. Ikan haruan dan tenggiri mempunyai kandungan asid amino dan lemak. Apa yang lebih menarik, kedua-dua ikan ini bebas kolesterol yang membuatkan wajah kelihatan berseri-seri.


Asam Jawa

Campuran perahan air asam jawa ke dalam sebarang jenis hidangan ibu berpantang dapat memudahkan anda membuang air besar selain menyegarkan tubuh badan.


Nasi

Seelok-eloknya, nasi yang dihidangkan mestilah panas dan baru sahaja dimasak. Tujuannya adalah untuk memastikan khasiat dan kesegarannya berkekalan. Untuk mengelakkan kembung perut, elakkan daripada memakan nasi putih yang telah sejuk.


Minuman Berkhasiat

Ingin mengembalikan semula tenaga tubuh yang hilang ketika proses bersalin, anda digalakkan untuk meminum air rebusan serai, halia, kulit kayu manis dan lada hitam. Dengan mengamalkan air rebusan ini pada setiap pagi dan malam, badan akan kembali menjadi ringan dan bertambah tenaga.


Ayam & Daging

Ayam dan daging adalah sumber protein haiwan yang penting untuk membantu memulihkan tenaga ibu selepas bersalin. Cara memasak seperti memanggang atau merebus dapat mengurangan kandungan lemak.

Ibu perlu minum banyak air untuk memastikan susu ibu keluar dengan banyak.

Comments

  1. comelnye faris. dulu dlm pantang anak pertama sy cume mkn nasi berlaukkan sawi dan ikan bilis mentah ditumbuk dg bwg d lada htmje smpi habis pantang.rupenye bykk lg menu yg sy blh mkn ketika pantang yek hehe.. dengan adanye panduan ini mungkin ia dpt membantu sy. terima kasih di atas panduan pemakanan ini.

    ReplyDelete
  2. Nice blog. Jemput singgah blog saya http://vitamincerdik.blogspot.com/2014/01/set-bersalin-shaklee.html

    Boleh exchange blog juga tak?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mrangsang Bayi Ketika Dalam Kandungan

Merangsang anak di dalam kandungan adalah amat digalakkan kerana ia dipercayai dapat mengeratkan ikatan antara ibu bapa dan anak. Ia juga mampu mencerdaskan otak anak-anak anda. Mungkin ada yang menyangka ia adalah perkara yang sia-sia kerana menyangka anak yang di dalam kandungan tidak mengerti apa-apa. Anggapan itu adalah salah. Jadilah teman yang paling rapat dengan bayi anda. Berbuallah dengannya, bacakan buku cerita, perdengarkan muzik, perdengarkan bacaan al-Quran dan usaplah dia dengan kasih sayang. Percayalah, hubungan anda dengan bayi anda pasti akan jadi lebih erat apabila ia telah dilahirkan nanti. Ia pasti mengenalpasti suara anda dan anda pasti terpegun dengan hasilnya. Di bawah ini disenaraikan tujuh cara untuk meransang anak di dalam kandungan. 1. Ibu hamil hendaklah menjaga emosinya agar sentiasa tenang, ceria dan gembira agar anak yang akan dilahirkan nanti akan memiliki sifat-sifat tersebut dan tidak mudah meragam. 2. Lahirkanlah perasaan rindu menanti kelahiran b

RnR Fin SSO - Retro Theme

Sedar tak sedar tahun 2016 dah nk smpai ke penghujungnye..spt thn2 sebelum ini bulan 11 merupakan bulan untuk Finance SSO mengadakan RnR..so kali ni temanya Retro la plak..jenuh mencari idea untuk membuat persembahan bertemakan Retro..jenuh jgk mencari outfit untuk digayakan sempena beretro kali ni.. Last2 ktaorg sepakat untuk membuat lakonan, tarian dan nyayian..semua ko sapu..hahah! Jom layan gamba yg cun meletopsss....    

Shopping

Last weekend ibu dan abah pegi shopping brg2 baby kt JJ, IOI Mall Puchong..geram tgk sume brg2 baby yg cute2..rase sume nk beli..hehe...emm utk kali ni ibu beli brg2 basic dulu..senarai brg yg ibu dh beli:- 1. lampin (ANAKKU) 2. changing mat 3. tuala mandi 2 helai 4. sapu tangan 3 helai 5. baju 3 psg (PUREEN newborn) 6. mittens & booties 3 psg 7. nail clipper 8. toiletteries (Johnsons & Johnsons) 9. pampers (MAMYPOKO newborn) 10. powder casing (BABYPOOH - comel..ibu suka sgt) 11. receiving blanket (Luvable Friends) ~ yg ni beli online kt Littlewhiz.com 12. swaddle blanket (Kiddopotamus) ~ yg ni pon beli online kt Littlewhiz.com jgk sume brg2 yg ibu beli base kaler biru & putih..ye la bby boy kan..insyaAllah..brg2 lain yg x beli lg mcm kelambu, topi, barut (yg tali dh ada turun temurun punye..cume nk beli yg zap on 2 3 helai), minyak yu yi & minyak telon, baju & seluar kena tambah 3 4 psg lg..mittens & booties pon kena beli dlm 2 3 psg lg..emm yg nibeli next mon