Skip to main content

Pengalaman Bersalin I

Ibu suka surfing dan baca pengalaman bersalin..maklum la nk dapatkan ilmu dari org yg dh berpengalaman..at least kalo ada petua tu boleh ibu amalkan..Nie antara citer pengalaman yg menarik yg boleh ibu jadikan panduan nnti..

"Di sini aku nk kongsikan pengalaman dan tips untuk permudahkan bersalin bagi kawan2 yang masih belum merasai pengalaman pertama dan mgkn boleh juga diamalkan kepada yg masuk 2 and 3 tu, hehehe.

i) Of course, yang paling penting, berdoa sentiasa kepada Allah selepas solat, semoga dipermudahakan bersalin. Rajin2 bangun malam buat solat hajat untuk diselamatkan segalanya, kurang kerisauan dan debaran, semoga baby dan kita selamat melalui segala proses tanpa kesukaran yang melampau dan juga tanpa berlaku sesuatu yg tidak diingini.

ii) Bila masuk 7 bulan hingga ke 9 bulan, aku minum air kelapa muda 1 biji sehari dengan isinya sekali, masih ingat hubby bw balik sebiji setiap petang. Menurut orang-orang tua ini akan mengaktifkan baby dlm perut sehingga memudahkan kita bersalin. FYI, baby masa ni dh besar jd ruang utk dia bergerak dlm perut dh kecil. Jadi dia kurang bergerak n sometimes we need to stimulate baby. Ada juga kekadang sebab dia x bergerak, so kita risau. Jadi dgn minum air kelapa ni, baby akan aktif sentiasa. Tapi mmg ada juga time dia tidur. tapi kita x payah nk stimulate lagi. Memang rasa perbezaannya. Sehingga aku dpt rasa Umar semakin aktif menendang2 bila aku start minum air kelapa muda. Ini juga akan membuatkan muka baby bersih. Masa lahir pula seluruh badan bersih dan x susah nak dibersihkan-tiada kerak etc.

iii) Bila sampai 9 bulan
a) Of course banyakkan senaman sejak 6 bulan pertama tapi tidak keterlaluan, tapi bila dh sampai 9 bulan mmg kalau boleh lebihkan. Plaling baik, lepas solat subuh di pagi Ahad, berjalan2 di taman ngan hubby, memang romantik n sambil menghirup udara segar. Bila kita cukup exercise, baby akan turun, kalau perasan, perut kita akan turun ke bawah.

b) Kerapkan hubungan intim-pandai2 sendirila ye. Ini menurut org2 tua dan perubatan sdr mmg dpt membantu semasa bersalin. Masa sakit tu pun, kalau boleh segan nk cite sebenarnya tapi sbb ilmu, aku cite juga, mgkn boleh buat foreplay ringan2 untuk mengurangkan sakit, tetapi dalam masa yg sama, ini memang dapat mempercepatkan contraction. Ini dr pengalaman aku sdr, petua dr ibu saudara, tapi memang menjadi. sakit jd lebih kerap, trs masuk labour room, hehehe.

c) Makan makanan pedas2- tapi jangan terlalu pedas sampai cirit birit pulak, he3. Aku pun x tau kenapa perlu makan pedas2 ni. Tapi ini memang petua org2 tua untuk memudahkan bersalin.
"

Comments

  1. bagus tu petua yang b) tu...hehehehehe.....jgn kene sepak dah le..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

5th Pregnancy ~ Baby 2017

As salam...pejam celik pejam celik dh nk habis 1st quarter 2017...cepat sngguh masa berlalu..bz mom macam ni lah...selalu rase x cukup masa..by the way antara whishlist 2017 yg ibu berazam utk buat ialah: 1. Saving in Tabung Haji (no more withdrawal) - simpanan terkumpul 10k sehingga 31 Dec 2017 2. Minimize shopping baju/ tudung (tahan nafsu ke tak ni??? huhuhu) 3. No more CC for shopping - clear all hutang CC 4. Baca Al-Quran at least 1 page 1 hari (biar sikit asalkan istiqamah ye dok??) 5. Al-Ma'thurat pagi & petang Mudah-mudahan semua whishlist ni terlaksana hendaknya... Ok kite tutup dulu cite pasal azam berazam ni ye...x sangka plak ibu pregnant 5th baby tahun 2017 ni..Alhamdulillah  rezki Allah...ibu dan abah terima seadanya...jangkaan bersalin dalm awal October tapi biasanya ibu bersalin 2 atau 3 minggu awal dari due sebenar..setakat ni gender baby x tahu boy ke girl...mana2 pon xpe asalkan baby sihat dan sempurna.. Pregnancy kali ini amat mencabar sebab

Wafiyya 3rd Birthday

Happy birthday Wafiyya sayang...happy 3rd birthday to my notty & clever girl...Wafiyya oh Wafiyya gelagat mu sungguh menghiburkan hati ibu..walaupon ibu selalu marah Fiya tapi itu hanyalah marah2 syg..ketahuilah jauh di sudut hati ibu..ibu amat sayangkan semua anak2 ibu..kalo boleh sikit pon ibu tak nak marah kt anak2 ibu...huhu...tp ibu ni kurang sabar sket...tapi ibu syg Ya tau tau... Kali ni just celebrate birthday Fiya kat KFC je..tempah kek ngan Kak Nana...requested by Wafiyya nk kek bear kaler purple...Wafiyya ni suke sgt kaler purple..pantang tgk brg2 warna purple semua die nak..alahai anak kecik2 dh ade favorite kaler ekk...ape2 pon ibu ucapkan selamat hari jadi ke 3..semoga jadi anak solehah dan membesar dengan sihat...ibu cyg Ya..Wafiyya = Dora sebab rambut die macam Dora..heheh                                          Sweetnye kek ni..sesweet anak ibu yg comel ni...

Mrangsang Bayi Ketika Dalam Kandungan

Merangsang anak di dalam kandungan adalah amat digalakkan kerana ia dipercayai dapat mengeratkan ikatan antara ibu bapa dan anak. Ia juga mampu mencerdaskan otak anak-anak anda. Mungkin ada yang menyangka ia adalah perkara yang sia-sia kerana menyangka anak yang di dalam kandungan tidak mengerti apa-apa. Anggapan itu adalah salah. Jadilah teman yang paling rapat dengan bayi anda. Berbuallah dengannya, bacakan buku cerita, perdengarkan muzik, perdengarkan bacaan al-Quran dan usaplah dia dengan kasih sayang. Percayalah, hubungan anda dengan bayi anda pasti akan jadi lebih erat apabila ia telah dilahirkan nanti. Ia pasti mengenalpasti suara anda dan anda pasti terpegun dengan hasilnya. Di bawah ini disenaraikan tujuh cara untuk meransang anak di dalam kandungan. 1. Ibu hamil hendaklah menjaga emosinya agar sentiasa tenang, ceria dan gembira agar anak yang akan dilahirkan nanti akan memiliki sifat-sifat tersebut dan tidak mudah meragam. 2. Lahirkanlah perasaan rindu menanti kelahiran b