Skip to main content

Faris's First Tooth


Hmmm tgk tu..nampak tak putih2 kt gusi Faris?? Tu la first tooth Faris...Alhamdulillah anak ibu dh tumbuh gigi dah..patut la Faris demam hari tu..nk tumbuh gigi rupanya...so gigi pertama Faris tumbuh dalam usianya 7 bulan lebih..sekarang ni dah terasa tajam2 bila dia nyonyot..makin seronok la dia gigit & tarik nipple ibu..nampak Faris dok main gusi ngan lidah dia..emm gatal gusi la tu..hehe


Sekarang ni plak Faris dah pandai buat mimik muka..dia suka buat kelip2 mata smpai tertutp matnya yg bundar tu..kelakar btul muka dia..hehe..dia suka dengar bunyi & tgk ayam/kucing..Kalo sebut je ayam atau kucing mesti dia bercakap bahasa dia dgn mimik muka dan mulut dia sekali..seronok tgk anak ibu ni..Masa blk kampung hari tu seronok la dia dpt tgk ayam/ kucing..dok KL ni mana la nk tgk sume2 tu...nk bela tak sanggup..


Ni plak ibu snap gambar masa Faris tgh tido..Ya Latif Ya Latif Ya Latif..ibu selalu baca 7 kali dan hembus pada ubun2 kepala Faris supaya hatinya lembut..aduhai Faris anak ibu..sekarang ni bertambah manja dgn ibu smpai tak nak ngan org lain..tak boleh nk berenggang langsung..ngan abah pon dia tak nak..ish ish Faris ni..

Comments

Popular posts from this blog

Mrangsang Bayi Ketika Dalam Kandungan

Merangsang anak di dalam kandungan adalah amat digalakkan kerana ia dipercayai dapat mengeratkan ikatan antara ibu bapa dan anak. Ia juga mampu mencerdaskan otak anak-anak anda. Mungkin ada yang menyangka ia adalah perkara yang sia-sia kerana menyangka anak yang di dalam kandungan tidak mengerti apa-apa. Anggapan itu adalah salah. Jadilah teman yang paling rapat dengan bayi anda. Berbuallah dengannya, bacakan buku cerita, perdengarkan muzik, perdengarkan bacaan al-Quran dan usaplah dia dengan kasih sayang. Percayalah, hubungan anda dengan bayi anda pasti akan jadi lebih erat apabila ia telah dilahirkan nanti. Ia pasti mengenalpasti suara anda dan anda pasti terpegun dengan hasilnya. Di bawah ini disenaraikan tujuh cara untuk meransang anak di dalam kandungan. 1. Ibu hamil hendaklah menjaga emosinya agar sentiasa tenang, ceria dan gembira agar anak yang akan dilahirkan nanti akan memiliki sifat-sifat tersebut dan tidak mudah meragam. 2. Lahirkanlah perasaan rindu menanti kelahiran b

RnR Fin SSO - Retro Theme

Sedar tak sedar tahun 2016 dah nk smpai ke penghujungnye..spt thn2 sebelum ini bulan 11 merupakan bulan untuk Finance SSO mengadakan RnR..so kali ni temanya Retro la plak..jenuh mencari idea untuk membuat persembahan bertemakan Retro..jenuh jgk mencari outfit untuk digayakan sempena beretro kali ni.. Last2 ktaorg sepakat untuk membuat lakonan, tarian dan nyayian..semua ko sapu..hahah! Jom layan gamba yg cun meletopsss....    

Wafiyya 3rd Birthday

Happy birthday Wafiyya sayang...happy 3rd birthday to my notty & clever girl...Wafiyya oh Wafiyya gelagat mu sungguh menghiburkan hati ibu..walaupon ibu selalu marah Fiya tapi itu hanyalah marah2 syg..ketahuilah jauh di sudut hati ibu..ibu amat sayangkan semua anak2 ibu..kalo boleh sikit pon ibu tak nak marah kt anak2 ibu...huhu...tp ibu ni kurang sabar sket...tapi ibu syg Ya tau tau... Kali ni just celebrate birthday Fiya kat KFC je..tempah kek ngan Kak Nana...requested by Wafiyya nk kek bear kaler purple...Wafiyya ni suke sgt kaler purple..pantang tgk brg2 warna purple semua die nak..alahai anak kecik2 dh ade favorite kaler ekk...ape2 pon ibu ucapkan selamat hari jadi ke 3..semoga jadi anak solehah dan membesar dengan sihat...ibu cyg Ya..Wafiyya = Dora sebab rambut die macam Dora..heheh                                          Sweetnye kek ni..sesweet anak ibu yg comel ni...